Friday, July 31, 2009

~ Lelong lelonG !! ~

lelong! lelong! murah! murah ! amacam? ada berani ke nak cuba pkai?? anak korang leh le...

ok, ni antara koleksi pakaian iffah.. ala ala hawaian stail.. bg mata aku menarik la, tak tahu la plak org lain.. ;O mula tu aku beli 2.. yg ada corak bunga2, yg jenis kain batik tu pemberian seseorang.. rakan mak aku, oohh.. sungguh bertuah iffah! ;p



i link PINK!adeh..maknye plak yg lebih..


nampak seksi bila iffah pakai baju ni, nampak belakang, baju ni sangkut kat leher..


warna oren cun tak? ok la...


gerun le tgk warna ni, dah mcm 'kelawar' plak bila amik gambar! tp bila pakai ni la yg paling cute sbb bawah kembang.. ;p


baju2 ni sgt selesa bila dipakai, sekarang kn cuaca panas, ok la tu pkai kat rumah..


pstt.. sikit sgt la koleksi baju mcm ni, kena TAMBAH lg kn??

JGN MARAH YE.. tajuk kat atas tu mcm nak menjual, tp.. koleksi baju anak rupanya.. model? mls nak godek2 ..huhu



Thursday, July 30, 2009

~ si ayah meniru aksi si anak ~

sila lihat, sila lihat... hehe kejam ke aku? ish takde la.. gambar ni tuk kenang2an.. tgk la ms iffah tido.. boleh dia tido mcm tu? uiks! sape ajar tu?

ayah dia plak sibuk suruh amik gambar.. aku snap je la.. ;p



ganazzz kn iffah tido.. kdg2 kaki pun bole naik kat muka aku huhuhu...


tiru! tiru! nakal la ayah ni.. *wink* mmg bg warna sikit..hihi


tak baik tau ayah ngan ibu ni..kenakan iffah..


psstt.. tiap2 hari melayan kerenah iffah.. rs terhibur hati..







Wednesday, July 29, 2009

~ Salah Tarikh - 10 bln tak yah check up eekk? ~

hari ni aku masuk kerja pukul 2 ptg, sbenarnya malas nak datang kerja sbb hari ni sepatutnya aku kena pergi klinik kesihatan (mothly check up iffah) , aku g klinik td dlm 8.30, sampai kat sana je aku tengok tak ramai org,kan hujan mungkin tu penyebabnya kot. fuhh.. lega, kalo tak berjam gak lak aku kena tunggu..

mcm biasa la, bila dah bg kad kesihatan, kena tunggu plak diorg punya kad 'copy' kn? tiba2 bila turn nombor aku je..

nurse : sbb apa datang ye?

aku : bkn kena dtg ke? sepatutnya dah lewat..

nurse : tp tarikh ni 14/09/09

aku : eeh, bkn bulan 7 ke? baby 10bln tak yah check up ke?

nurse : nanti saya check.

nurse tu pun check kat computer.

nurse : ikut tarikh ni la, 14/09/09

aku : oohh, ye ke sbb sy tak pasti tarikh tu, tu yg saya dtg je.. thanks ye..

nurse : ur welcome.

balik ngan gembira + bengang, sbb gembira balik awal, bole manja2 ngan iffah, bengang sbb buang ms je g klinik takde bt check up! aku nak tahu gak berat iffah brp kn? hihi




ms ni aku ngan iffah dah sampai rumah.. layan dia..



korang yg tulis tak betul, lain kali tulis la betul2, aku ingat lg nurse tu ckp 14/07 tau!


mcm 7 ke mcm 9 ha?


psstt..ingatkn bole la shopping lepas g klinik, tiba2 plak boss suruh dtg opis, ada kerja urgent!






Tuesday, July 28, 2009

~ Char Kuey Teow ~

dulu aku tak tahu apa tu ' char kuey teow ', tahu la makanan tapi tak pernah nampak mcm mana 'rupa' makanan tu, sejak berkenalan ngan hubby la aku mula 'jatuh cinta' nak rs char kuey teow , mana taknya, dia kn org penang mesti la makanan kegemarannya..

tp paling 'best' pernah aku rs kat Permatang Pauh,Penang.. pergh.. mmg sedap! mmg wajib aku ke sana bila balik kg hubby, (ms dlm pantang pun aku curi2 mkn! nasib baik tak gatal! paham ke? hihi)



bagi sesiapa yg tak tak tahu 'rupa' char kuey teow ;p


ooh, ya kt KL ni mmg susah nak cr char kuey teow sesedap kat sana .. walaupun ramai peniaga yg menjual, kdg2 bila terjumpa kedai mkn yg jual, rasa hampeh je .. :(



1 lg tempat yg mmg best! kat Sg Dua.. tp takleh 'lawan' kat Permatang Pauh




psst.. mood nak makan menjelma, diet hilang entah ke mana.. huhu

JOM LAYAN CHAR KUEY TEOW!lalalalala~~~~

gambar from Mr Google

Monday, July 27, 2009

~ Perasaan ~

Apa perasaan korang kalo g shopping ngan hubby / bf tp balik umah ngan 'tgn kosong' je??


a) nangis sambil tumbuk dinding

b) merajuk sambil bt bibir muncung (nak ikat pun boleh!)

c) membebel kat hubby / bf sampai bernanah telinga diorang

d) bt mcm biasa, kiranya takde halnye..


hihi, aku pilih C, knp? bkn ke org pompuan yg suka shopping? rp idak le sampai bernanah.. *wink* citer smlm la ni, dah la kuar umah lambat nak g sogo, pastu bila dah sampai hubby plak sibuk tgk brg2 dia.. adooi aku ingat pompuan je pilih berjam2, rupanya lelaki pun sama! (eh, selama ni aku tk tahu la plak kalo hubby yg kena tggu aku berjam3x )


lepas aku muncung sedepa br hubby nak g byr, pastu aku dah mls nak cr brg aku terus cr barang iffah..
aduss.. rambang mata dibuatnya, tp br je aku nak pegang gaun tu ada promoter tegur

promoter : kak, tinggal 2 minit je ye..

aku : ha? nak pilih apa cenggini.. dah la jom.. (sambil tarik tgn hubby)
pot pet pot pet, abg la ni lama sgt pilih td, pot pet pot pet

hubby : ye la, ye la minggu depan kiter g lagi eekk..


aku apa lg, senyum mcm kerang busyuk.. huhu


psstt..minggu depan pun minggu depan la.. janji boleh shopping kn? ;p



Saturday, July 25, 2009

~ Ceria d hari Sabtu lalalala ~

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................



hahahhaha.. bantai gelak sorang2 kat opis!


psst.. credit dr SINI .


Friday, July 24, 2009

~ tgh nak OTW ~

apa yg tgh nak on the way (OTW) tu?

a) 2nd baby ? ~ eh eh.. nanti nanti la..

b) slim @ diet ~ ni mmg tp kdg2 mmg terbabas jugak.. hiks

c) g tempat kerje? ~ ni yg aku nak citer ni


tajuk tu bukan kiasan ok, hari ni mmg aku sengaja nak datang lewat g keje, protes la konon huhu.. haaaaa? ngan sape? bos aku tu la.. takya citer la sbb apa, kang boring lak selalu citer pasal keje kn?? ;p

ms kt umah td aku melayan iffah je, kesian kn dia dpt manja2 ngan aku bila mlm je, tu pun kalo dia tak tidur lg, ms2 lain biasanya ahad je la.. hmmm..

pastu aku siap tepon MIL, borak2 pasal adik ipar aku punya hantaran kawin.. bla bla bla

sekali tgk jam 10.30, uiks cepat2 siap nak g keje,
baru nak kuar bilik tepon plak bunyi..

keong : lu mana? ( diorng ni ckp mcm a*ong je!)

aku : on the way,, eerrr eh, tgh nak on the way..

keong : takpe la, nanti lu dtg br citer la.

aku : ok la, bos dah dtg ke?

keong : belum, tp dia kata on the way.

keong ni store manager kat opis aku, a.k.a anak angkat bos. pastu hubby lak tanya sape tepon, aku ckp la keong, aku siap ckp mcm ni

aku : aahh on the way

hubby : on the way apa, kat umah lg ni, pandai eekk , abg dgr td syg ckp ' tgh nak on the way' kahkahkahkah!

cis, gelakkan aku tak ingat! boleh plak aku guna perkataan tu? ;p hmm...merosak kn bahasa tul!



psstt.. biasa sgt aku ckp 'on the way', padahal kat umah lg, ayat penyelamat bila dah lambat..
tp kdg2 kantoi gak.. hihi



Thursday, July 23, 2009

~ Jiwa tak tenang + kacau ~

AKU RISAU, GELISAH, PENING, GERAM.. arrrggg sume ni bt aku sakit hati..
aku dah tak kental seperti dulu..knp eekk?


tapi aku hati aku akan tenang bila menatap gambar iffah yg ceria :P poyo ke aku???

tak kn?





pstt.. hormon tak stabil ke? lg moody.. ihiks

Wednesday, July 22, 2009

~ Meh Kutip 'Award' ;p ~


a) Sila copy paste award ini di blog anda ..
ok, siap!

b) Sila copy paste award ini di sidebar blog anda ..
nanti eekk, mlm karang la..hehe

c) Pass kan award ini kepada 5 rakan anda ..
- finee a.k.a mamadam
- kak ratna
- ina @ Arlina
- suziey a.k.a ibu aqeel
- kak dyla a.k.a ibu inas

tambahan ;p ;p

- naja a.k.a mrs e
- intan a.k.a ibu arissa
- wadah
- kak Rose
- ida (lakaranhati.blogspot)
- iffa a.k.a ibu maisara

sape lg? hmm... sape yg tinggal tu jgn la kecik ati lak, amik je.. hehehe

dr jauh ni aku dpt award.. thanks ya nabilah.. terlebih sudah bg award ni kat kwn2 takpe kn?




Tuesday, July 21, 2009

~ Jom Memanjat! ~

suka benar ini budak memanjat, kalo kat katil aku tu petik jari je * iffah kata la kn, kdg2 geram bila iffah ni sibuk nak memanjat je, ye la, takut jatuh kn dah gedeboomm, gambar ni aku amik masa kitaorg tunggu sepupu kat shell tol sg besi, jom kita memanjat!

apa tunggu lg, jom arr..


ehh, jgn la bu.. ape ni main tarik2!

yeah!!!!!! berjaya! (mmg kena pegang, takut jatuh!)


iffah, iffah, atas kete pun nak panjat, nasib baik la kete tu br cuci, kalo tak.....hmmm..


pssttt mugkin ke sbb dulu aku nak anak lelaki, tu sbb iffah lasak ??? ;p ;p

~ cun tak? ~

testing testing! ;p


Friday, July 17, 2009

~ apa nak jadi eek hari ni?? ~


hari ni aku tak tahu apa hal la aku blurrrr je.. serba tak kena apa yg aku bt, mcm td, boss aku suruh taip surat, so konon2 dah siap la, tp bila dah fax ke nombor yg sepatutnya, tiba2 plak aku tgk aku taip' month ' dh salah, sepatutnya JULY tp taip JUNE, satu hal plak nak kena tukar, print & fax lg sekali, bole plak lepas fax kali ke-2, tgk2 terlupa plak nak sign! arrrgggg..mcm org giler aku jerit td..

kejadian lain plak, colleague aku mintak tolong buka kn plastik makanan, nak mkn kat opis (kuah rojak mamak) sbb dia tergesa2 nak balik, dsebabkn nak tolong mmber punya pasal, tolong je la kn.. fikiran aku plak melayang ngan kerja2 yg aku kena cepat siap kn, ntah mcm mana plastik tu boleh plak terlepas dr tangan aku, abis baju yg aku pakai, itu belum lg yg jatuh kat lantai, uuuwwwaaa..rs nak nangis je!


psstt.. yg aku menyampah bila org suruh bt kerja pastu ckp URGENT, URGENT , URGENT ! kalut sgt serba tak kena dibuatnya..hmmmmm sabar je la..

Thursday, July 16, 2009

~ kiter ada ni ~

ini kiter punya, cute tak??? nenek kiter belikn, ish, nenek ni bazir je .. ;p
1st time kiter pakai gelang mcm ni tau, dulu pernah ibu pakai kn kiter gelang gak, tp emas la, pastu ibu tak nak pkai kn lg sbb kiter kn suka gosok2 mata, so ibu takut gelang tu kena kat muka, nanti luka plak.. ooh ya, nenek belikan 2, 1 utk tgn kiri, 1 lg utk kanan. kiter layan gambar je lah ye..

1 biru, 1 lg itam naper kat gambar tak nampak berkilau eek? kalo tgk depan mata mmg tantek!


ni bila kiter dah pkai..ok tak??


ni lagi..

yg ni pakai belah kanan


kawan2 yg lain pun mesti ada kn, mesti lg tantek! rasanya inas pun ada kn?
thank u nenek.. lain kali leh beli warna lain plak ye.. tayang nenek.. ;p;p;p

Iffah

psst.. ms aku taip enty ni, gelang ni tinggal kenangan je la.. sbb 2 2 tu dah ilang ntah ke mana..

Wednesday, July 15, 2009

~ selema + pening = demam ~

tak suka, demam pun kena kerja..
hm.. byk keje..
harini ada branch manager Melaka & Seremban dtg ada meeting ngan GM,
so byk benda nk prepare..
manaip sambil2 tu tarik2 tisu schetttttt...
tensen bila dah dekat2 nak tiba hari perayaan (eh eh bukan suka ke? ;p)
sbb GM mula la nak report tu, report ni
so apa lg isya,
cepat bt keje
nanti bonus ta dak up!


pstt..ada hati citer pasal bonus up up, lambat lg la, tempat aku ni bonus bila CNY. ihiks

Tuesday, July 14, 2009

~ Genap 10 bulan ~

alhamdulillah..hari ni genap 10 bulan, bole plak aku lupa.. (apa daa... byk sgt kena ingat tarikh yg penting2 ;p) ni pun kebetulan dlm kete hubby ckp..

hubby : hari ni genap la iffah 10 bulan kn..

aku : ha. ah la..

hubby : belum tau jalan lg, meniarap, merangkak, berdiri semua cepat, tp jalan lambat plak..

aku : ok la tu, tp tak leh nak kalah kn abg la ( sbb hubby 10 bln dah pandai jln)
tp bgs la..sbb kalo ikut jejak abg , nanti bt 'kerja' tak siap plak.. hahahaha

hubby menjeling plak .. pernah aku bg tau kn, dulu hubby kecik2 belum sapai umur 1 thn dah pandai jln tp dia tak tau duduk.. pelik kn? tu yg MIL selalu bg tau kat aku..

10 bulan ni mmg byk perkembangan iffah,

**mulut semakin pot pet pot pet

**yg best nya dah mula berjalan tp 2-3 langkah je mungkin takut lg kot..

**cepat marah (ikut aku ke ni??) kalo kita marah, kita balik yg dmarahnya, siap pukul ngan tgn lg.. aduhai.. mana leh camtu syg..

**semakin manja @ mngada2.. ;p - pantang kalo aku ngan ayah dia balik keje tangan naik atas, suruh dukung la tu.. sampai lenguh tgn.. takpe2 sementara belum ada ADIK ok la kn.. *wink*

**suka baca buku..oopps mana reti baca lg, tp kalo tgk buku tu mmg dia akan leka sbb byk warna kn, so dia akan sentuh2 kat buku tu..

**yg ni pling comel, dah padai bye bye , unik sikit bye bye dia.. dia akan pusing2 kn tgn dia.. mcm nak gelek plak.. ;p

**dah paham kalo kata jom tidur, terus letak kepala kat bantal.. tp tak bermakna dia akan tido ye, kena layan dia main dulu br leh tido..

ok la, mls nak pikir lg la ;p



lena iffah tidur..ms ni dlm pantang lg..


sekejap je iffah lg 2 bulan dah nak 1 thn.. perncangan birthday iffah?? bt sederhana je kot, ms tu kn bln posa..

Monday, July 13, 2009

~ EEEEE...comot! ~

ish, anak sape ni? selekeh tul.... eh eh betul ke ni? tp mcm ye... aaahh la, anak aku la tu..
nape plak jd cenggini..

mmg port iffah suka sgt msk bilik mak aku, selongkar brg make up mak aku la tu.. dan 1 hari tu aku cuba cari mana iffah ni pegi eekk.. cr kat ruang tamu takde pastu g dapur pun takde.. pastu aku cuba tgk kat bilik mak aku,, oohh rupanya ngan atuk ye.. aku tgk bpk aku dukung iffah sambil tgk cermin..

bpk : sape nak (anak), sape ni? iffah ke? (time ni aku tak nampak lg muka iffah)

aku : hi.. iffah bt apa tu?

bpk : tgk la dia pkai lipstik.

aku : ha?????



'antek tak bu???'

mak aku bengang je, abis lipstik dia iffah kerjakan.. hahhahaha pandai lak tu conteng dkat2 bibir..
satu hal plak nak bersihkn..


'no no no, cekali dah ya' (sekali dah la)


ish tak bole letak brg merata2, abis dbuat main ngan iffah...

psst.. ni kes iffah selalu tgk nenek dia make up la ni.. tu yg dia try kot.. ooouuch...aku tak eekk, aku jrg benar make up2 ni .. ;p

Saturday, July 11, 2009

~ Kat rumah pun Jadi la...~

ni aku nak tunjuk kn pelampung iffah yg aku tiup eh eh bkn aku, ;p warna hijau! BEN 10.. hahhaha takpe la tkkan nak pink je kn??? hobi iffah kali ni ni ha....


duk merayu kat aku nak ajak mandi guna pelampung tu..

ala ala.. sian anak ibu.. minggu ni tk le nak bw iffah g sunway lagoon, iffah kan selsema lg kn.. tggu iffah baik dulu ye.. ;p alasan la tu, sbb aku nak g sopping @ perabih kn duit ahad ni..!

muka tak puas hati bila apa yg 'dihajati' tk dpt..

jd nya aku letak la iffah kat dlm ni, wah senang keje aku dia duk diam je kat situ.. kejam ke aku ???

eehhh tak kn?


keletihan la tu..


nampak tak tali kat tgh2 kaki iffah tu?? sbnar nya aku duk tarik pelampung tu tawaf 1 rumah, lpas ruang tamu, ke bilik plak.. suka plak bdk ni.. layan kn je la...



pstt.. mak aku punya idea tu.. alangkah bgs nya kalo pelampung tu bocor sebelum kitaorg ke sunway lagoon @ g mandi manda.. hahhaha bole beli baru kn iffah..??

Thursday, July 9, 2009

~ Macam2 bapak aku ni ~

pagi td kat umah aku duk tiup pelampung iffah (alah, beli je tp nak gunanya ntah bila ;p kan dah gaji..uhuks)

sampai lebam (ayat penyedap) pipi aku tiup tak 'kembang2' juga pelampung tu.. pastu br teringat
'eh eh, rsnnya bpk ada pengepam ni (pam utk tayar motor, korang tau ke???kalo tak tau bt2 tau je la)

ms ni alarm hp motorola aku memekak je, aku tak on pun still 'bernyawa' hp tu..


bkp : ca (nama timangan) kata hp rosak, apa yg rosak?

aku : screen, hitam terus! tak nampak apa2, tp bole pick up & call out. bpk ada pengepam utk tayar motor tak?

bpk : ada, tggu jap

dah dpt pengepam tu aku pam la pelampung kat dlm bilik, so bunyi la nyet nyet nyet.. tp dr dlm bilik aku dgr perbulan mak ngan bpk aku

mak : ca nak apa ??

bpk : pengepam..

mak : nak bt apa?

bpk : ntah, nak pam hp kot..

mak : ha????

mak aku msti blur dgr jawapan bpk aku tu, aku dr dlm bilik mcm nak pecah perut aku bantai gelak..

bpk aku ni mmg, kadang2 kn mcm 'pelawak', ckp selamba je..



psst.. pelampung tu saje aku exited g pam nak tunjuk kat iffah.. ;p padahal bkn nak mandi manda kat mana2 pun.......................huhuhuhu

~ OOppss~

semlm lunch time ke O*d Town, mkn nasi lemak hohohoho..oopps tak posa la.. adeh bila nak abis posa mcm ni .. arini nak kemana plak ye???

lalallala.....kalo dah gaji mcm ni la..senang hati.. ;p

Wednesday, July 8, 2009

~ Perlu ke?? ~

hp aku rosak.. screen h/p trus hitam! tak nampak langsung, yg bole cuma pick up, & call out ( tu pun agak2 je, dah sreen tak leh tgk paham2 je la) hmm.. ni semua salah aku juga sbb biar air liur iffah meleleh kat h/p ;p huhuhu (bila la iffah ni nak berhenti isap & mkn je apa yg dia dpt @ dicapai???.. dah brp h/p rosak kat umah sbb AIR LIUR iffah)

aku ada bodek ngan hubby,

aku : bang, h.p dah rosak la.. iffah la ni ( suara sedih je..hoho)

hubby : knp plak?

aku : screen h/p ni tiba2 lak tak de gambar..

hubby : beli lain je la..

ada can nak mintak.. yes!

aku : bang, last year kn birthday syg abg tak g apa2 kn? (ngan muka sedih , harus lah berlakon ye dak ? ;p)

hubby : ye la, ms tu kn syg dlm pantang kn, mana ada ms nak cr adiah bagai.. plak tu kn raya..

cis.. alasan ;(

aku : boleh tak, bg sekrang, boleh la ye.. h/p je..

hubby : Je? mana ada duit..syg kn byk duit..syg beli sendiri la..

ngan muka selamba ...eeee geram aku!

punah harapan nak guna h/p baru! tak pe la.. nak jimat nye pasal.. guna h/p spare je la.. haru tul la.. PERLU ke aku beli baru dlm KEGAWATAN EKONOMI ni?? ihiks

psst..ada sape2 yg MURAH HATI nak sedekah kn aku h/p ????? ;p ;p ;p

Sunday, July 5, 2009

~ apa tu ?? huhu ~

Lokasi : dalam bilik

Masa : 1.00 t/hari

Pelakon : ibu, ayah, iffah ..;p



ayah : 'eh eh .. iffah ada 'tahi lalat' la.. sama ngan ibu!

ibu : ha! mana, mana??? aah la, bila ms ada plak ni?

ayah : cuba tgk btul2..

ms ni aku pegang2 'tahi lalat' kat pipi iffah..

ibu : eeeee..ayah ni! tipu!

rupa2 nya hubby tampal ntah apa ntah.. terkejut aku!

bantai gelak hubby tgk gelagat aku! cis!

layan gambar je la..




nampak tak?


meh close up sikit


sian iffah selsema..jangkit dr ayah..



mana ada , mana ada.. (tahi lalat)


psst.. tak sempat nak bls komen , nak balik dah ni.. hari ahad pun keje..

Friday, July 3, 2009

~ tinggal ni je? ~

ni la lebihan t/hari td.. banyak gak la.. ni mesti diorg muak nak makan.. takpe2 esok2 pun bole mkn lg.. sedap!

mahal dah sekrg kek ni.. sekali sekala boleh la.. huhuhu



dah abis makan lor...

kan dah kata hingga menjilat jari, tp sepotong je.. tak larat wei nak 2nd round..
dah bermcm2 kek kat SR aku dah penah cuba.. (pengaruh mmber aku la ni, mana tak tembam! ;p)

mentang2 la kdai SR ni sebelah opis je.. harus d cuba kek2 yg baru tul tak??? ;p


psst.. byk2 kek kat SR, ntah knp aku tak sukak chocolate banana.. tekak org, lain2 kn?? ;p

~ Je@Lou$ ~

tak baik tau korang ni..1 opis bau durian..
harini kat opis aku ada bt farewell salah sorang staff kat sini..
beli kek kat SR je.. durian cheese.. pernah rs tak? mmg sodap!!! hingga menjilat jari,takpe mlm ni aku bole mkn gak, kan aku tgh posa sekrg..




psst.. tangan gatal nak menaip, tp otak 'blank'.. kamera tak bw plak, hm.....................

Thursday, July 2, 2009

~ Hari Pertama ~

apa yg pertama? start nak berblog lepas 'cuti' bberapa hari.. hari ni gak hari pertama aku ganti posa.. byk wooo.. 19 hari lak tu.. sempat ke aku nak habis kn? dah kesuntukan ms ni, tp insyaallah..


alhamdulillah,byk gak keje yg aku dah settle kan, tp byk gak keje yg betambah..mcm mana tu?aduhai..bila plak nak habis mcm ni..alah..nak mengeluh plak aku, paham2 je la keje tu takkn habis..btambah ada la.. duk account dept. mm gitu kn?? lg2 aku org yg 'ditengah2'..


dahi aku sakit sekrg, angkara iffah la ni.. ada ke patut tgh aku syok2 tido dbalingya h/p ayah dia kat dahi aku..ish ish ish, tak patut tak patut.. tkejut aku dbuatnya, sampai hati iffah bt ibu cenggini ye.. hehe.. ;p


psst.. aku ngantukkks! minggu ni mmg meletih kn...ZZzzzzzzzzzzzZZZZZZzzzzz..
Related Posts with Thumbnails