Tuesday, December 29, 2009

.: Muat Ke Ni? ;.

last mnt punya kerja, beli swimsuit utk iffah, sebelum ni tak penah beli kiranya 1st time ler..
aku tak dapat nak agak boleh muat ke tak, mcm kecik plak tp harap muat la, mls aku nak tukar..
murah je ni, RM20.00




warna ok ke? mmber aku ckp buruksss warna aku pilih.. huhu
ooohh ya,ni entri akhir tahun ni, sbb aku akan bercuti2 m'sia (PD je ;p)
tu yg semangat nak gak belikn iffah swimsuit tu ha...
jumpa thn depan ye, hehe
SELAMAT TAHUN BARU 2010!

psst.. ada ke patut hubby suruh beli swimsuit sama mcm iffah utk aku, buang tebiat ke apa laki aku tu.. hahahaha (gurau je ;p)

Monday, December 28, 2009

.: lamanya tak ke sana.. :.

yeah 1 permulaan yg baik bg aku, walaupun pd mulanya sgt mls wokeh, hari ahad kami ke 3T (taman tasik titiwangsa), lama tak jejak kaki ke sana, last pergi kalau tak silap thn 2007 ,
kali ni pergi bw iffah plak..

kitaorang pergi pagi, konon2 nak joging la, (hubby je ;p) aku joging juga sbb sibuk kejar iffah yg duk lari sana sini nak main semua permainan kat situ.. berpeluh2 gak la..hihi


mmg banyak dah perubahan kat situ, dulu ms sekolah menengah aku selalu lalu kat situ sbb rumah aku area titiwangsa, sampai boring bila kengkawan ajak ke titiwangsa.. bila dah pindah rumah ni, rs rindu nak ke sana cuma ms yg takde.. (boleh diterima ke alasan ni? ;p)

tp yg penting iffah happy kat sana, sampai jatuh tersembam , nangis tak hengat!
bagus buaian ni, 1st time iffah naik ni..
muka blur..
br nampak iffah senyum..
yuhuuuuuu
knp bt muka mcm tu syg? marah sbb ayah ajak balik ye? ;p


video
layan video plak ye..

psstt..alah jln2 kat situ pun 1 senaman kan, daripada aku duk bantai tido je pagi2 tu.. kehkehkeh

Saturday, December 26, 2009

.: sorry sayang... :.

bila terjadi sesuatu yg tak diingini, br nak menyesal, manusia mmg mcm ni kn? (aku la tu!)
nasib baik la tak jd apa2...alhamdulillah...
benda kecik je, tp mmg salah aku sbb biarkn iffah main laci meja solek, lain kali biar dia meraung tak dpt main, jgn aku yg meraung dikemudian hari (kalau benda buruk berlaku, mintak dijauhhkn.)

jari iffah.. kat sini tak nampak sgt, tp depan mata, biru, macam nyilu + sakit!


td tido, lepas aku sentuh jari dia terus dia buka mata...

ni lah permata hati ibu, bila aku senyum, dia pun senyum gak..


bangun2 cari kereta mainan...

siap buat bunyi lg, ngeng ngeng ngeng... cute!

anak patung taknak main, kereta juga yg iffah nak ye, mmg anak ayah la!
pstt.. esok ahad, ingat nak ke putrajaya la, ada benda yg nak dicari...kalau hubby rajin la...

Wednesday, December 23, 2009

.: Selamat Tinggal Tata Titi Tutu :.

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. kereta ni dah selamat ngan owner br,
knp ye hubby jual? sbb dia nak ambil kereta abg dia...uuwwwwwwwaaaa.. apa la hubby aku ni, dia tak sayang ngan kerete dia ke? hmmm......


bye bye , byk kengan manis ngan kete ni, (pahit pun byk gak ;( )


ni la, kereta yg menjadi kegilaan hubby hihi
psstt, tukar warna hitam cun tak??? ;p

Tuesday, December 22, 2009

.: Jgn Tiru Wokeh! :.

seperti yg dah dirancang, harini br aku boleh g klinik kesihatan utk check up iffah, mls nak citer 'adegan buang ms' kat klinik tu, nak timbang je pun amik ms 1 jam ++, padahal tak ramai org pun, sekarang berat bdn iffah 10kg, naik 0.6 kg je dlm ms 3 bulan?? takpela.. nurse kata ok apa, naik juga berat bdn dia..

kalau aku mmg tak sah kalau dah keluar g mana2 tak mkn kt tempat tu, kantin klinik pun jd la..
lapar tau! ;) ye bdk kecik ni pun lapar gak bila nampak makanan, aku belikn dia pau je, tu pun mkn sikit je, banyak sepah je..

habis pau tu dicincang2 ngan sudu.
bila kena marah, bt muka mcm ni.
sudu pun boleh dia jadikn mainan, iffah ni dah la suka masuk benda dlm mulut, risau tau!
ms nak balik iffah taknak duduk ngan aku plak, nak ngan hubby je, hubby nak drive pun susah,
apa lg melalak la dia..
hubby nak pam minyak pun dia nak ikut.

pantang nampak cermin, mula la nak pot pet pot pet sendiri..hihi

bt muka bangga dpt drive..


video

AMARAN : jgn biarkn anak anda tiru apa yg iffah bt wokeh! Bahaya!

ni bg iffah can sbb jln lurus tu je, takde kereta lalu pun, kalo tak lu pikir la sendiri!

Monday, December 21, 2009

.: macam - macam :.

jumaat lepas ,org lain seronok je leh lepak2 kat rumah, g shopping, aku?? kerja! tak adil! tp nak wat mcm mana company aku PH utk awal muharram takde, kn byk C*na..

tp hari ahadnya aku bls dendam, tak kisah la ke mana pun janji dpt jln2 betul tak?
plan nak ke dataran merdeka sbb hubby nak jumpa buyer (ooh ya, kereta hubby nak jual, dan sekarang saat aku menaip ni dah ada org beli kereta tu)
sementara hubby deal ngan buyer tu, aku ingat boleh la bw iffah main kat padang tu kn, pastu lupa plak nak bw bola, bila hubby dah settle hal dia, aku ajak g taman tasik perdana,

bila sampai je taman tasik perdana, hujan plak.. kesian iffah, aku pun dah tak tahu nak g mana hujan2 ni, nak ke jusco lg?? boring la...

terus ke brem mall, beli tiket wayang tgk midnight cerita AVATAR, iffah kena duk umah tau, ibu ngan ayah ada date! hehe



tayangan paling lewat pkl 12, ntah knp hubby nak tgk pkl 11.30


lepas beli tiket, jln2 cuci mata , rembat 2 helai legging utk iffah, aman sikit aku nak cuci mata sbb hubby jg iffah, dr jauh aku boleh dgr suara iffah menjerit, suka betul dia dpt jln @ berlari kat situ (nasib baik tak ramai org)

kalau kat rumah iffah nak berkepit je ngan aku, tp kalo kat luar, nak ngan hubby je, bagus kn??;p
ni je yg aku berkenan..
bila mlm, perut pun mula menyanyi kn?aku ngan hubby taknak mkn nasi ,jd singgah kat mcd je la jawabnya..
kena umpan ngan kereta, br dia nak duk diam2


tgk tu, busy ngan mainan dia.. br leh mkn ngan aman.. ;)


pstt.. AVATAR! dah tgk ke? mmg best! 2 jam lebih kat dlm panggung tak terasa wooo! 5 BINTANG aku bg!

Thursday, December 17, 2009

.: update - 15 Bulan :.

hari isnin lepas iffah genap 15 bulan, kena g klinik kesihatan j*njang tp aku takleh amik cuti so minggu depan br nak pergi,
alhamdulillah, semakin bijak, nakal lg lg lg lg la.. hehe
tak boleh ditegur, mula la bt muka.. tp iffah pandai memujuk, bila aku marah mesti dia akan peluk aku siap cium2 pipi aku.. cute! terus tak jd marah.. huhu
tempat lepak yg dia suka, duk kat luar rumah, mana taknya kat rumah aku tu kan takde kwn, kat luar dia boleh ngorat cucu jiran ooopssss
bila aku suruh pose, apasal bt hidung cenggitu ha?????


mmg susah nak amik gambar dia sekarang sbb dia pun sibuk nak berebut kamera ngan aku,
tu yg mood dia mcm hampeh...


semlm iffah 'basahkn' muka aku dgn susu dia.. uuwwwwaaa ni la akibatnya kalau dia pagi2 bgn awal pastu ajak main, bila tak dilayan aku kena 'simbah' ngan susu dia, takpun kena lempang kat muka.. tak baik tau!

Wednesday, December 16, 2009

.: Kan Dah Kena :.

semlm aku kena 'bom' ngan boss aku yg 'baik hati' tu.. mentang2 lah dia kat China sekarang, suka2 je nak bom bom ye..

tp aku mmg salah aku pun, hehe padan muka kat diri sendiri..
boss aku ni mmg jenis kelam kabut sikit, jd bila dia kat oversea, aiyo! lg aku pening nak melayan kerenah dia..
sebenarnya mmg tiap2 pagi kena inform dia bank balance (leceh kn?) dulu mmg aku rajin, hari2 mesti call, tp sejak akhir2 ni aku jd mls ntah knp.. (sape yg tau knp tolong sekeh sikit kepala aku ni..huhu)

'bom' yg aku kena dr boss : esok u kena call saya dlm pkl 9-9.15 pg ok?! jgn bt saya tertunggu2, buang masa saya, buang duit saya, buang ?? (lupa la apa dia ckp lg), u bt kerja , saya tak perlu bt kerja, biar u sorang yg susah, ingat ha esok call saya, ada apa2 hal u settle sendiri! okeh, saya sekarang kat china, kalau kat KL u tak call pagi2 pun takpe (eleh, selalu pun pagi2 ko kacau aku gak!) u kena tolong jaga sikit, wokeh!


aku mls nak dgr dia pot pet pot pet . iya kan je la..

so pagi td, aku bw phone opis bw balik rumah, banyak cantik nak guna aku punya phone, ingat murah nak call kat China,
1 je yg bagus pasal boss aku tu, datang lambat pun takpe.. tak bising punya..kui kui kui

Monday, December 14, 2009

.: JJ Taman Maluri :.

petang semlm kami ke JJ Tmn Maluri, nak beli botol susu iffah, susah2 je ke tmn maluri padahal kat kepong pun ada JJ gak.. saja nak tukar angin, sekarang kn mmg ada sale kn, mmg berbaloi2 la kalau beli brg nak bt stock.. hehe


singgah jap kat wonders park, 1st time iffah main permainan kat situ.. nasib baik la tak ramai budak2 kn, tp ms tu iffah mgantuk plak, (mmg time tido dia) tp lepas je nampak mcm2 mak nenek permainan kat situ terus segar bugar!

banyaknya bola, warna warni lg!


bab2 memanjat mmg iffah suka!


aduh, sexy uuuuuuu..
dikelilingi belon yg bterbangan.. ;)

sampai tak tahu yg mana 1 nak dipilih..

tgk tu, bola gak yg iffah nak... sabar je la..







gambar sikit je yg aku ambil,sebenarnya kat situ boleh amik gambar ke?
sbb kalau kat JJ Kepong, kamera tak leh bw masuk, kat sini takde plak tunjuk kamera takleh bw masuk, confuse sekejap.. hmmm....

Thursday, December 10, 2009

.: Dah Jumpa ! :.

as'kum... hmm lama tak berupdate (lama ke??).. bz ya amat, (bz ngan fb ;p)

sekarang ni iffah demam lg, huh kali yg ke berapa ntah.. tp biasala kn budak2 baya dia lg pun musim kn.. bila iffah demam of coz aku pun kena tempiasnya.. huhu


apa yg dah jumpa tu??? sebenarnya isnin haritu hubby cr kunci motor dia, merata la kitaorang cr kat bilik, ruang tamu, semua takde, ms cr tu mulut hubby pun bebel "ni mesti iffah punya kerja ni, ntah mana dia sorok kn" ,

hubby ckp mcm tu sbb pernah sekali kunci opis aku hilang, puas la aku cr kat opis, kat rumah tak jumpa, aku ckp kat bos kunci hilang (nasib baik la ada kunci spare), bos suruh bt baru keesokan harinya,aku punggah brg mainan iffah nak cr bateri mainan dia kalo tak silap sekali "laaaaaaaaa... ada kat sini kau (kunci) ye".. maknanya mmg iffah yg sorok kn.. ;p


ok, balik citer td , hubby terpaksa g kerja naik kereta.. tp hari rabu haritu bpk ada bg tau, jumpa kunci dlm kete dia,

bpk : siapa punya kunci ni?

aku : ni la kunci motor raziff (hubby), ish (sambil aku geleng kepala..)mana bpk jumpa?

bkp : kat dlm kete bpk..


br teringat, hari ahad haritu hubby pinjam kereta bpk sbb kereta hubby adik dia pinjam,

sian iffah, asal brg hilang je kitaorang 'tuduh' iffah, padahal kadang2 kecuaian diri sendiri,


bila tunjuk kunci motor kat hubby


hubby : jumpa kat mana??

aku : kat kete bpk, abg ni tak baik tau, tuduh iffah yg sorokkn..


senyum je hubby bila aku ckp mcm tu... hahahaha

ni kuncinya..





tp aku pun pernah gak kena mcm hubby, pasal cermin mata, aku letak tempat lain cr tempat lain, iffah la yg jd mangsa bebelan aku padahal bkn dia phm pun.. hihi



pengajaran : tak leh simpan barang yg penting kat bwh2, kat meja pun tak boleh sbb iffah dah pandai panjat, habissssssssss takkan nak pasang paku kat dinding bilik, biar semua brg tergantung, takleh la nak salah kn iffah lagi ye tak, tapiiiiiiii dh mcm 'kedai' plak bilik tu kang.. ;p

Saturday, December 5, 2009

.: OK Ke Kalau....??? :.


sekarang ni aku tgh pening ngan iffah, bab makan memang susah sikit sejak dia demam + cirit birit haritu, ngan bubur 2-3 kali suap je lepas tu terus tak nak,

yg aku pelik kalau mak aku mkn oat, nak plak dia.. padahal oat tu tak rs apa2 pun, tawar je..

aku cuba plak nestum, mana tahu kalau dia nak kan, hmm.. sama gak tak jln, sudahnya bg kat anak jiran..

biskut rusk ada gak aku cuba, 1 hari je dia suka, hari ke-2 dah jelir2 lidah..

aduhai.. aku tak tahu nak bg apa dah.. pening!


persoalan aku sekarang,


budak baya iffah boleh ke kalau aku bg oat????


14/12 iffah bt check up utk 1 thn 3 bulan, risau kalau berat dia bdn turun, kena pot pet ngan nurse huh!

gambar sehari sebelum sakit cirit birit,ada beza ke? aku jwb 'ada!'



pstt.. walaupun iffah taknak makan tp kalau susu mmg dia kuat minum! kalau dulu 4 kotak susu je, sekarang kena beli 6 kotak~



Friday, December 4, 2009

.: 10 Amalan Terbalik :.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari )


p/s email dr member ;)

Thursday, December 3, 2009

.: Siannya Dia.... :.

pagi tadi, siap2kn iffah (mkn, mandi) sbb harini hantar iffah kat rumah biras aku, MIL nak jumpa cucu dia lagi.. ;p pastu konon2 nak amik gambar iffah sbb mood dia elok kn..
bila aku keluarkan kamera, terus dia merengek2 nak kamera! ai syg, ingat ni mainan iffah ke, bkn tak nak bg tp tahu2 je la, iffah ni suka campak2 apa yg dah dipegang kat tgn dia..
boleh plak dia bt muka bila aku kata "cepat2 ibu nak amik gambar iffah ni" (iffah sekarang ni dah paham apa yg kita cakap @ suruh, tp kadang2 dia bt dek je)

alo lo lo.. cebik.. ;p


aku ckp la "tak boleh", terus dia melalak mcm kena cubit! dah cun2 pakai bedak semua terus comot, eeeee, geramnya!


uuuwwwwaaaaaa



sampai umah biras pun dia nangis, tp iffah nangis takut sbb tak brp kenal ngan org2 kat sana,
aduh... sian mak tok ngan tok ayah, nak manja2 ngan iffah pun tak boleh..

psst.. kadang2 aku suka buli iffah sampai dia nangis, teruk kn aku?? hehe ;p

Wednesday, December 2, 2009

.: Rambut Baru Iffah :.

akhirnya dengan berat hati aku setuju potong sikit rambut iffah tu! sayang la sebenarnya tp kesian plak kat iffah sbb rambut dia dah boleh tutup mata plak..



lain plak muka iffah lepas gunting rambut..


hari ahad haritu, acara mentrim kan rambut iffah.. mmg mencabar tul nak gunting rambut budak2 ni kan? bukan dia nak duduk diam2, ada je yang nak di buat! tp aku tak amik gambar rambut iffah yg kena gunting tu, malu ler mak pak mertua ada kat umah.. ;p (ooh ya, mak pak mertua aku tido 1 mlm kat umah aku, 1st time ni)


ingatkan rambut depan je, pastu hubby kata belakang nak potong sikit, sbb rambut kat hujung2 tu kasar,hmm.... berambut pendek la jawapnya ko iffah...


suka ngan biskut chipsmore!




gigi iffah banyak dah tumbuh, senget2 ;(












pstt..baru dapat gaji harini, banyak benda nak kena bayar.. adoooiii


t
Related Posts with Thumbnails