Tuesday, January 26, 2010

.: jakun :.

anak beranak jakun! hahahaha.. cantik view kat sini kn? (bg aku ye!)ni parking paling atas kat JJ tmn maluri..


cuba teka iffah tunjuk apa? ;) budak ni puting takmo lepas!

*candid* ms ni hubby tak tau aku amik pic dia, kira main ambik je..


aku pun nak gak..huhu


apa motif ambil gambar dlm kete?? ;p



pipi iffah kena gigit nyamuk ms balik kg minggu lepas.. ada tanda sudah..
pstt..aku tak tahu knp aku cepat sgt naik angin akhir2 ni bila kat opis, tu yg bt aku takde mood nak update blog, apakah???? ;p

.: Y? :.

nak update tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MALAS!!! mcm mana?

Friday, January 22, 2010

.: Petua kulit kaki licin + cantik :.

bukan senang nak dptkn petua yg mmg berkesan mcm ni kn?
apa kata tgk video ni dulu kay...

video


amacam? kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. huhu

psst jgn marah ye bt tajuk mcm gempak! blog ni sepi sekajap, bz la.. mlm sikit br 'jln2' blog korang ye..

Thursday, January 14, 2010

.: 1 bulan dr sekarang :.

yg aku tunggu.. apa eekk? kan dah nak chinese new year kn? harusla kita raikan gak kan, kata 1 malaysia! ;) tp ada yg lebih penting dr itu, BONUS! hahaha ye.. company tempat keje aku ni bg bonus dekat2 nak CNY, masa tu rs yahuuuuuuuuuuuuuu, aku kaya! insyaallah.. harap2 dpt la ye.. (thn lepas kata tak nak bg tp bagi juga, ada tambahan lg dr thn sebelumnya ;p)


ambil gambar kat care4

posing sekejap! ;p

suka iffah, lari2 kat situ bt mcm rumah sendiri je..


thn ni thn harimau! nggaaaauummmmm

hari ni plak 14/01 , iffah dah 1 thn 4 bulan, kejap eehh.. lasak bkn main mcm bdk lelaki!
nak belikan apa utk iffah eekk? ha! dah tau, harini @ esok g beli!



perasan tak, baju iffah dlm gambar ni sama je ngan entri2 sebelum ni? ;) 1 ms leh bt 2-3 entri! huhu

Wednesday, January 13, 2010

.: Ok tak ? :.

1 pembaziran ke kalau aku belikan helmet ni utk iffah? hehe


sampai senget2 kepala, nak bg seimbang supaya helmet x jatuh.. haha




cute plak iffah pakai! huhu




iffah kecik lagi la.. tak ya kot... (kedekut! ;p)

Tuesday, January 12, 2010

.: bila masuk dlm kereta je.. :.

layan gambar je la eekk..


jom jalan2!


bila suruh senyum.. ;)

bila bosan dlm kereta muncung je mulut!
pastu menguap

aik, tido ke?




kalau iffah cukup tido, masuk je dlm kereta oooouuuhh dia bukan duduk diam, ada je dia nak bt, berdiri la, nak duduk depan la, kalau dah ada kat depan nak g belakang plak.. buka sana, tekan tu tekan ni!

tp kalo ngantok, jejak kaki dlm kereta terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, January 9, 2010

.: Redeem Time!!! :.

bengang sbb duit rm100 aku tu hilang bertukar suka sebaik aku dpt mendalah ni :-






dihantar ke opis, mula2 nampak dlm hati 'eleh, mesti boss punya' ;) sekali nama aku da..

sebenarnya aku hampir lupa yg aku redeem point cr card aku tu 1 minggu ++ lepas, dan aku mmg berhajat nak beli sekali tgk point cr card cukup plak nak redeem 'digital bathroom scale'.. alhamdulillah..




suka la colour peberet!




iffah pun nyebok nak gak pijak benda tu..huhu aik! 9.8kg je, turun la berat dia mcm ni..


psstt tiap2 hari nak timbang! tp bila dah timbang tak puas hati plak sbb angka tunjuk 54.++ huhu

Thursday, January 7, 2010

.: Alahai Suamiku.. :.

korang suka hadiah? aku pun suka..hehe walaupun hadiah tu tak mahal, yg penting keikhlasan kan?
ok, balik pada tajuk td, hubby aku ni mmg tak reti nak bg suprise2 ni, (bab2 mcm ni dia kureng sikit, oopss! jgn marah tau bang, nanti cepat tua huhu)
sebenarnya mlm isnin haritu hubby dah janji nak bw aku jln2, tp kat kedai ramai customer so aku terpaksa mengalah, ingat kn nak g hari selasa, tiba2 plak lepas maghrib still ramai customer,
ms tu mmg aku merajuk la kn,
lebih kurang pukul 11.30 mlm (time tutup kedai) pastu aku send msg

bknnya nk bg hadiah ke apa, bt dek je, benci tau!

hubby reply

abg bw balik minyak wangi ee..i love u!

terus hati aku berbunga2, hahaha sebenarnya aku saja je nak kenakan hubby,
nak tau gak apa reaksi dia kn?
tp yg kelakarnya, (bg aku kelakar la ye puan2) boleh plak mlm hubby tanya aku mcm ni

hubby : harini hari apa?
aku : knp?
hubby : ye la, syg mintak hadiah..
aku : hahahaha, apa la abg ni, hadiah kena bg ms birthday/anniversary je ke?
;) apa2 pun aku kalau merajuk pun sekejap je, pujuk2 sikit lepas tu ok la..



ms ni kitaorng nak g kenduri kawin


psstt aku pun ada gak bg hadiah utk hubby, t-shirt je ~ tp yg penting senyum hubby sampai ke telinga sbb dpt baju free *wink*

Wednesday, January 6, 2010

.: seronok kan makan free? ;p :.

harini kat opis ada celebrate birthday, mcm biasa, kitaorang tak keluar kn duit sesen pun.. company ada peruntukan utk celebrate birthday utk staff, ok gak kan?
tp semua pakat malas nak keluar opis jd tapau je la..

spatutnya bln dec'09, tp ms tu kan bz postpone ke januari plak, mcm tu pun boleh hehe
apa2 la, janji mkn free kan? alhamdulillah..



ok, kali ni mkn sushi plak,
aku punya, semua sedap! sikit? boleh la...kata free hehe
yg ni mmg aku tak amik, tak leh masuk kat anak tekak aku ler..


air tin je supaya tak tercekik huhu







psst kalau tiap2 bln mcm ni kn best! ;) tp jgn la sushi lg, i tak brp suka la.. huhu

.: suka 'memukul' :.

bkn hal aku husband n wife ye, tp anak aku ni ha... perkara ni mmg mmbuatkn aku tak lena tidur (sbb selalu kena pukulan iffah.. ;p)



ye..sebenarnya aku tgh runsing, mcm mana nak mengajar iffah supaya jgn buat mcm tu (memukul,tampar @ yg sekutu dengannya la)

ckp baik2 pun dia tambah bt, apa yg boleh bt sekarang cuma pegang tangan dia (tahan tgn dia sebelum nak pukul)
mmg dia menangis tp aku tak nak dia biasakan bt benda tu.
benda ni normal ke?



ni antaranya, bila kena buli ngan anak sendiri!

yg aku pasti jentik pun tak pernah apatah lg nak pukul kn? marah manja2 tu adalah, tp mak aku kata mungkin iffah ni belajar dr budak yg baya dia ms kat taman (mak aku suka bw iffah lepak kat taman)budak tu pernah tampar iffah, sampai sekarang kalo nampak budak tu iffah jd fobia (terus lari)

susah la.. mcm mana ekk?

tak kn nak kurung iffah dlm rumah je kn..



psst.. sakit tau kalau kena penampar iffah!

Monday, January 4, 2010

.: Permulaan Tahun Baru - BZ :.

huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. mengeluh panjang, aku tengah berlari nak kena siapkn kerja yg br aku tinggal beberapa hari lepas sbb bercuti,
ye, walaupun cuti 3 hari je tp aku belum habiskn lg persiapan utk kerja2 thn 2010.. (contohnya cash flow, budget) giler!
aku mmg tak cukup tgn bila kena bt seorang diri, dengan salary staff yg nak kena kira, damn!
TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (tiba2 meroyan plak ;p)


aku rs tahun ni la azam aku yg terbanyak sekali, mampu ke? biar aku sorang je yg tau apa azam tu, takut2 tak tercapai malu plak.. hehe



pstt 2010 br je bermula, tp banyak benda yg merunsingkn fikiran aku...hmmmmm...

Saturday, January 2, 2010

.: 31 Dec 2009 & 1 Jan 2010 di PD :.

percutian yang tak dirancang, huhu abang ipar ajak g pd plak, kali ni pergi tentula seronok sbb ada iffah, kecoh ngan suara dia je..
Hari Pertama
kitaorng bertolak pagi rabu lepas , ngam2 sampai sana je terus lunch nasi ayam, sedap juga! pastu check in kat bayu beach resort..
bila dah petang sikit terus ke pantai, apa lagi ms utk mandi laut la kn... tapi... yg tak bestnya
budak ni ha.. takut ombak plak, ish potong tul la iffah ni.. dah tu duduk je la pasir tu sambil tgk ombak.. ;)


ms ni, iffah menangis tkt tgk ombak.. ombak tu kecik je la syg.. huhu

Hari Kedua

pagi2 (tak pagi sgt la, syok wooo tido ada aircond, tepi pantai plak kn! rs mls nak bgn..huhu) iffah pun lena je tido, kali ni mandi kolam plak, tempat peberet iffah..
aiyok, tak guna la mcm ni kn g pd semata2 nk mandi kolam je?! nak bt mcm mana iffah ni penakut sgt!

ha.. yg ni br dia suka...


dlm pukul 2-3ptg kami ke teluk kemang plak, tk puas pun nak meronda kat sana , hujan gerimis plak.. beli brg utk buah tgn sikit pastu balik..

sungguh gemukkksss la... menci! ;p

mlm plak sambung meronda + shopping , dpt la belikn baju utk mak ngan bapa, tu pun takde banyak pilihan, ramai yg menjual benda yg sama je..


pkl 12 mlm, tgk bunga api kat tv je, hahaha memandangkn bw budak kecik, bagus juga kn, eehh kat sana pun ada gak bunga api, tp dr blok kitaorng tak nampak,apadaaaa...... dpt dgr bunyi saja la ye..





Hari Ketiga
pkl 9 pg tgk kolam renang, uish.. ramainya org.. lupa plak yg haritu dah 1hb jd ramai la yg check in kan.. hmm...

pkl 12, bersiap2 check out plak, sbb ada org lain nak check in plak.. kalo tak boleh lepak2 dulu sampai pkl 2-3 ptg kn..






happy je ms balik.. ;) ;) ;)

ok, itu je cerita yg tak brp menarik dr aku hehe
gambar pun tak banyak ambil sbb iffah ni asik nak menghilangkn diri je, terjatuh la, mcm2 la tu yg amik gambar alahai...


tak sabar nak bercuti ke tempat lain plak..azam thn br gak ni.. ;)
Related Posts with Thumbnails