Friday, April 30, 2010

.: Aku Hanya Merancang :.

harini 1 hari aku sangap!
aduhai, tak tau nk bt apa,
dlm aku bkejar2 nak siapkn 'salary' boleh plak pc server bt hal.
sudahnya aku duk menunggu bila la pc server ni boleh ON??
alamatnya aku kena double check guna manual, banyak la..
ada lebih kurang 15 branch.
dan yg tak bestnya mungkin hari khamis br pc tu 'sihat'..
habis, 3 haritu nak bt apa??? bosan tau..
nasib baik on9 boleh, kalau tak, lagiii laaa..



psstt bila time aku terrrrrsangat rajin, ada je ... hmmmm...

.: Ehh Dia GGirl la! :.

jgn confuse! sekarang ni iffah tgh menambahkn koleksi permainan dia. nak tau apa????
KERETA!!

ni je yg aku jumpa, separuh lg ntah mana iffah buang + sorok.


uwwwaaaa ni ikut jejak ayah dia la ni.. aduhai.. dan mak aku 'menyokong' kesukaan iffah ni dengan membeli membeli dan membeli!


psstt..sekarang aku 'kejar' masa nk siapkn staff salary! harini last day! ada ms aku jenguk blog kengkawan k..

Thursday, April 29, 2010

.: Aku Menang RM10,000.00 :.

yahoooooo aku menang duit RM10,000.00 , sape nak aku belanja???
aku kaya weeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
jap jap, nak cubit pipi jap, betul ke ni?? aaauuuuuwww!
oohh walaupun ni kenyataan tp sebenarnya ini hanya la mainan sms dr h/p aku!

ingatkn benda ni dah senyap + dah takde, rupanya masih ada lagi!!

meh sini aku bg sikit info pasal sms tu ehh

Penghantar : +0142039353

" RM0 : TAHNIAH! Sim Card anda T'lah berjaya Memenangi RM10,000.00 dr POWER ROOT SDN BHD. No Seri, F2E57C. Utj maklumat hub; 017-896-0283 Moh.NASIR BIN ISMAIL "


eehh, no seri tu apa???? ;p
ko ingat aku nk percaya!!! gilos!

psstt kalau betul kn best! ;p (ada hati lg tu..)

Wednesday, April 28, 2010

.: Ha! bt apa tu???? :.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..bt apa tu??
amboi, kecik2 dah pandai ehh amik duit org eeh,
hihihihihi alah, bkn duit kertas pun, duit syiiling je yg diambil iffah ni, lg pun bkn duit org lain pun duit ibu dia gak, nak tau dia buat apa ngan duit tu??

dah boleh agak ke?

apa yg dia kutip tu?


duit syiling lorrr hasil rembatan dlm beg duit aku..huhu

lepas masukkn duit syiling tu semua, tepuk tgn! sambil ckp yeah!
bangga la tuh! ;p


ibu mmg bangga ngan ank ibu! hehe
walaupun iffah ni lambat sikiiiit nk pandai ckp tp mmg dia mmg paham kalau kita borak2 ngan dia,suruh bt apa2 pun, mesti laju je dia buat..

ms mula2 dulu aku tunjuk " tabung botol susu "dia dah tau mcm mana nak masuk kn duit syiling, mungkin dia selalu tgk aku masukkn duit syiling kat situ, jd bila dia nampak seposen, rm0.20, LIMA sen pun dia masukkn!! bertambah penuh la duit dlm tabung i mcm ni, sbb ada yg tukang kutip duit pakcik,nenek, atuk, ayah dia pastu laju masuk dlm " tabung botol susu " aku..huhuhuhu


"sikit2 lama2 jd bukit!!"

psstt, lama lg nak penuh, agak2 kalau penuh dpt brp eeh?


Tuesday, April 27, 2010

.: Confuse :.

..aarggghh..aku tgh confuse ni..
..nak beli tapi tgh berkira2..
..patut ke beli tp kang tak guna plak..
..ahh 1 pembaziran.. ;p
..mcm2 nak beli tp semua kena tangguh dulu..
..ni semua pasal ni la..



tingkat 17 tuuuuuuu..boleh nampak LAMPU kat genting.. (lampu je ye)

..mungkin kena 'melabur' duit ke sini je la..
..kena beringat dulu kn..
..walaupun seciput je tp nk dptkn bukan main susah..
..cepat la settle problem ni..



Monday, April 26, 2010

.: Kata Kunci :.

alahai siannya pd 'org' yg search "petua kaki licin", selalu bila aku log in nuffnang mesti ada ternampak perkataan ni kat kata kunci nuffnang..





jgn marah ye... itu petua anakanda kesayanganku punya petua la..huhuhu

nak cerita lebih lanjut klik SINI


Saturday, April 24, 2010

.: Gemuk itu Cantik?? :.

dulu ms zaman aku anak dara kn berat bdn aku hanya bawah 45 kg, maksudnya 42,43,44 so boleh kategori kn kurussssss betul tak???? tp tu duluuuuuuuuuuuu

sekarang ni??? ha amik ko aku timbang berat baru2 ni 55-56kg, timbang kt opis 58kg!!! whattttttt!!!! beza 10kg++ tuuuuuu...
yg mana 1 betul aku pun tak tau, yg pasti mestila aku PERCAYA penimbang kat umah aku tu..mmmuuuaaahhhhh..

ada aku kisah bila ada org kata aku gemuk????? eehh mestila kisah, rindu nak pakai baju yg slim2 tu hihihi tp apakn daya, susah betul nak kuruskn bdn kali ni, (lepas lahirkn iffah)

tp yg bt aku tersenyum lebar hingga ke telinga harini bila ada org yg menegur aku mcm ni :

makcik : wah, isya sekarang ni gemuk eehhhh

aku : haa.... gemuk..? sambil senyum2 malu (ramai yg ckp sampai tak tau nak jwb apa lg dah..;p)

makcik : takdela, maksudnya cantik gemuk(maksud berisi kah??) sekarang..

kalau nak ikutkn aku mmg suka sekarang, sbb kalau dulu mcm tak cukup mkn je..
sekarang tgk?? senang hati la katakn.. (ini nak sedapkn hati sebenarnya!)



zaman anak dara,hehe keding je..



sekarang, muka booolaatt kn??? huhu

dlm dilema nak ambil cuti ke tak esok eeh, nak kena g bank, kwsp, dah la hubby cuti esok, tp cuti tahun aku tinggal 3 hari je..hmmmm ;(

Friday, April 23, 2010

.: Petua Merawat Kaki Pecah2 :.

nak minta petua sikit, pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ;)

aku pun tak pasti bila mula kaki aku tu pecah2, sblum ni mmg ada tp sikit je... waaaahhhh sekarang ni..... eeeee tk boleh tahanla! rs kasar je tapak kaki ni..

kalau balik kampung hubby lg la, sakit woooooo



takde la sampai mcm ni, risau la takut tambah teruk plak..hmmm...

.: Teka & Menang :.

seronok kn kalau kita masuk peraduan pastu menang! yeah..!!! alhamdulillah, ini kali kedua aku dpt hadiah dr intan.. sgt teruja bila dpt tau aku ni pemenangnya & bakal dpt hadiah.. ;)

sebenarnya hari selasa dah dpt beg ni, tp lupa plak nk amik gambar, harini br berkesempatan, boleh la tepek kat blog kn?.. ;p


ni la hadiahnya.., sesuai utk ibu2 mcm aku,boleh letak byk barang..;)

tgk la si kecik ni, dia pun 'nyibuk' nak bw beg tu ke sana sini.. haih..
(mak aku ni, sesuka hati je pakaikn iffah baju..huhu)

muka yg belum "siap dihias" ni pun nak tepek kat sini gak ;p


thanks intan, moga sentiasa dimurahkn rezeki amin...

Thursday, April 22, 2010

.: Layannnnnn :.

cerita akasia kat tv3 tu???aku tak pernah layan, mana2 cerita la, ye la.. aku balik kan lambat mana sempat nak tgk cerita2 tu semua, lain la slot samarinda kn? huhu

sekarang kn ramai org asik bcerita tentang "adamaya" ni best, naaakkkkkk sgt tgk, tp kat opis mana ada tv, eehh adalah tp kat dlm bilik bos, giler apa nak tgk kat situ.. aku tau bole tgk online tp ntah knp computer aku ni bengong ;p tknak keluar video langsung!
nasib baik la collegue aku nya computer boleh tgk,laju plak tu! waaahhhhh aku rs mcm kat rumah plak boleh layan cerita mcm ni..



best kn cerita ni?? korang layan tak?? ;p

.: Ko Ada??? ;p :.

*berlagaknya minah ni ;p*
semlm baru je bt permintaan, harini dah dpt, sgt best ye kawan2!
ala.. bkn mahal pun, lg pun benda ni senang nak dpt kn?? huhu

apa2 thanks to my hubby, sbb melayan kerenah wife dia ni..mmuuaah


sarapan aku hari ni..kopi yg akan bt aku tak mgantuk sepanjang hari ni, sgt kaw!

ok ok dah! nak sambung bt kerja.. nanti nk jln2 blog kengkawan plak..hihi

Wednesday, April 21, 2010

.: Aku Mengidam! :.

rs mcm nak je tu, tu, tu, tu ha.. yg tu.. (main tunjuk2 je..)
wahhhhhhhh bestnya kn?? apa yg tu tu tu, aku teringin sgt nak mkn ni,
dah lama nak mkn tp tak berkesempatan + susah nak cari,
yg hotcakes tu mmg la senang tp masanya nan ado... kena tggu isnin minggu depan (hubby dah janji nak bw,YEZZZAA!)


sungguh menyelerakan la hotcakes tu!



sedapnya...............................................

kuih cakoi tu dah mkn smlm, bpk aku rajinnn cari kn.. tp yg tak bestnya dah sejuk, ;( nak yg panas2, sedap kn???? dah terliur ni.. ;p nak buat sendiri tak reti plak..

best kn kalau pregnant, nk mkn apa? ckp je, semua terhidang!

p/s picture from google ;)

Tuesday, April 20, 2010

.: Kelalailan Ku & Kenakalan Dia :.

budak2 baya iffah ni mmg la time dia bt "nakal" kn?, kadang sampai aku geram! mula la aku jd tarzan, tak kira pagi petang ke mlm!

ni citer hari sabtu haritu..
aku, kalau tgh iron baju mmg kena duduk, tak larat nak berdiri ;p
biasanya aku akan tutup pintu bilik,biar iffah main kat ruang tamu sbb takut terkena iron kn?
pagi tu aku terpaksa gak iron sambil iffah lalu lalang depan aku (time tgh iron) , tp bila dia dah dekat aku ckp, "JGN!duduk dulu kat sana" Ooohh ya masa tu aku berdua je ngan iffah sbb mak keluar beli brg, hubby plak tido.

ntah mcm mana, boleh plak mcm ada magnet tgn iffah tu laju je pegang bucu iron yg tgh panas tu! "aarrggghh" ibu ngan anak jd tarzan! terus aku tgk jari iffah, dlm hati "nasib baik takde apa2"
+ dug dag dug dag..

hari ahad, ms tgh mandi kn iffah, dia ckp "a kit" dan kebiasaan aku akan tiup je, pastu dia ulang ayat yg sama, "ngada2 la, meh ibu tgk?? lorrr..betul sakit ke??? ala..siannya.." bkn tak ambil peduli tp mmg iffah suka ckp mcm tu, suka kalau org tiup tempat yg dia kata sakit.. nak ambil perhatian la tu..hehe


sampai jd mcm tu ha.. harini pun belum baik lg..huhu

sekarang ni aku jd fobia plak, terpaksa la iron berdiri, takpun tunggu iffah tido br aku iron baju..hmmm kalau la aku.....??? mesti bendani tak jd..
kalau dah terjadi br nak menyesal, tak guna kn?? ;(

psstt..tiap kali aku tunjuk iron kat iffah mesti aku tanya dia " nak ni tak?? " mesti dia jawab "nannyak" = taknak ler tu..sama2 fobia..alahai siannya..

IBU2 DILUAR SANA JGN JD MCM SAYA EEHH...

Monday, April 19, 2010

.: Cinderella Kami :.

sungguh perasan!! tp aku pedulik apa, anak aku biar la aku nak gelar apa pun.. ;)

iffah sgt exited nak pkai kasut bila dia tau itu kasut baru. uiitt kecik2 dah pandai ehh.. siap nak posing bagai.. hihi



mana kasut baru??? "nyih"





pssstt.. ramai tegur kulit iffah knp sekarang gelap??? errkk??? "takpela.. janji anak aku sihat.." itu je jawapan aku..hehe

Saturday, April 17, 2010

.: Aduh..Kuat Cemburu La! :.

ye, aku mmg kuat cemburu tp bertempat ok, tp ada yg lebihhhhhhhhhhhhhhh lg kuat cemburunya ni la,


sekarang ni mmg pantang nampak aku nk manja2 sikit ngan ayah dia, mula la menangis sambil hentak2 kaki, marah la tu!
apa la agaknya budak kecik mcm iffah ni fikir eeekkk???? ;p

mcm pagi td, aku tolong hubby potongkn kuku dia, (manja tak laki i??? *_' )
aku br je nak potong kuku yg pertama dah menangis,
sudahnya dia diam bila aku bg pengetip kuku tu kat dia.

tgk tu, bersungguh2 dia nangis!


kena layan mcm iffah yg tgh potongkn kuku ayah dia..hmmm

alololololo, tk kasi can ibu ngan ayah nak manja2 ehhh???

Friday, April 16, 2010

.: Ok tak?? :.

benda ni dah lama beli kalau tk silap dah seminggu lebih, beli kat pasar mlm je,
aku mmg harapkn hubby yg pasangkn sbb dia lebih kreatif nak pasang kat sudut mana, kalau aku asal cantik pd pandangan mata aku sudah..hehe , hubby kn bz,jd kena tgn aku juga la yg tampal.


seumur hidup tak penah dpt bunga! 'bunga' ni pun jd la walaupun beli sendiri.. ;p


harus ada model..br cun!


alamak! oveeeeeeeeerrrr plak dia.. ;)

ingatkn nak cuba dulu, tu yg beli 1 je sticker ni, dah pasang nampak "tergantung" plak, takpe, lepasni beli lg,buat tambah2..hukhuk

Thursday, April 15, 2010

.: Apa Salahnya Cuba - Duit Free :.

MELEKAT! hahahaaha

takyah keluar modal, senang je register then "search" mcm google juga la.. pastu dpt duit, mudah kn??? Jom join, tak rugi pun..


citer sikit eeh, contoh la setiap kali kita search akan dpt $0.22, dlm sehari hanya dihadkn 5 kali search (tak kira la search apa2 pun, kalo nak search 10x pun boleh tp diorng byr utk yg pertama hinggak ke lima je tau)

kalau tiap2 hari kita search dpt $1.10 ($0.22 x5)
kalau sebulan? = $33
kalau setahaun? wow dekat $400

sape nak bg kn?????



selamat menambahkn wang ye.. hehe

.: Dia Selesa Tidur Begini :.

iffah kalau tido mmg ganazzzzzzzzzzzzzzz, mcm biasa kalau aku balik dr kerja kadang2 dia tido,
mcm2 stail dia tido.. huhu

tp yg tak boleh tahan bila dia tido mcm ni





walaupun lepastu aku betulkn bdn dia.. tiba2 je bila aku toleh balik jd mcm tu lagi.
mungkin dia selesa kot..

kalau dalm bilik mmg dia tidur baik je, sbb apa??? kn ada aircond!!!! motif aku bg tau??? ;p

Wednesday, April 14, 2010

.: Ada Brannnn??? :.

huhu merosakkn bahasa betul la, sejak join fb ni rs malas je nak cek email.. tp rsnya member2 yg lain pun sama kn???

harini tergerak hati plak nak cek email dan ini antara email yg aku terima.

ada sesiapa berani pakai baju mcm ni?? mcm2 je la diorang ni kn, ballon pun leh jadikn baju,cuci mata jom!


dlm proses..

dah nak siap pun

bg aku ni la yg paling cun!!! ;p

ni pun cun gak!

terfikir gak, mcm tu diorang pkai ni takleh duduk la kn, kalau nak terkucil mcm mana???
T_____________T

Monday, April 12, 2010

.: Ha Ha Ha Cute! :.

tgk gambar2 ni je buat aku tersenyum walaupun sebelum tu dlm hati tgh bengang giler!!
sejak hubby amik cuti tiap hari isnin, dah brp kali dia bg aku jeles!
mentang2 la dia kat rumah, suka la dia menyakat iffah.. haiihhh bahagianya aku tgk dioarang.. kn best kalau aku ada sekali ;p

ni la mms yg hubby hantar..

SAMA X?ANK AYAH...HE

aku reply : SJ JE NAK BG JELES!

tk sampai 1 mnt msg dr hubby :-

"IBU JELES? " ;P


pandai plak iffah ni join ayah dia nak mgenakan aku.. huhu

psst..belum sempat nak "jalan2" blog kengkawan la..;(

Saturday, April 10, 2010

.: Letih ler... :.

ooouuhh, minggu ni aku menjadi seorng staff yg sgt2 baik tau, mana taknya tiap2 hari dtg awal balik lambat, hari sabtu pun sama kalau tidak, staff yg lain dah balik br aku nak punch card masuk kerja, hahahaha, aku bt company ni mcm bpk aku yg punya je.. ;)

sebenarnya ada sbb knp aku bt mcm ni, aku nak settle kn kerja2 yg banyak tertangguh, dan aku dah janji kat diri sendiri yg lepas ni taknak balik lambat2 lg.. letih tau tiap2 mlm balik lambat, kalau dulu aku sorang, takde hal... sampai ada org ingat aku ni " giler kerja! " dan sekarang mana boleh.. anak aku pun dah besar, kesian kat iffah..





harap2 ni bukan hangat2 tahi ayam la, huh!
tp ada berita yg tak best plak, salah sorang hr dept nak resign, aku bakal menjadi mangsa sekali lg, nasib badan la.... aku paling bosan bab2 nak mengajar staff baru... huwwwwaaaa (aku mmg bkn seorng "guru" yg baik huhu)

ok la nak sambung bt kerja lg..da... happy weekend ya!

Wednesday, April 7, 2010

.: mak + anak = happy :.

tak tau nak letak tajuk apa..hihi bila akhir + awal bulan mcm biasala, aku tak cukup tgn nak bereskn kerja aku tu, dengan cash flow,salary..huh! (haip haip tak baik merungut...;p)

cerita yg dah agak2 basi
hari ahad lepas, mmg aku dah plan nak ke jusco kepong, nak beli barang iffah sikit, tp lain yg dicari lain plak yg dapat.. huhu

akhirnya dpt gak la rembat kasut 1, *wink* yg lg 1 tu belikan utk mak.. rasanya mcm dah lama tk beli kasut, ingat nak beli lagi 1 la.. ;)

sebenarnya nak belikan iffah baju, tp takde yg berkenan plak, lain kali kita beli ye sayang.. kita ajak ayah g ampang point nak??? ;p


antara yg dibeli..



nasib baik la iffah ni belum reti meminta2 lg, selamat la sikit kalau tak mmg pokai la..
tp iffah mmg happy kalau bw dia g jalan2, tak kira la g mana2 pun, janji naik kete..

tak sabar nak tggu ahad! ;)

Friday, April 2, 2010

.: Mahal Eeek? :.

terus terang aku mmg tak pandai bab tawar menawar, dan kalau nak beli barang, kalau aku berkenan terus beli je.. ;p

sebenarnya aku nak citer hari ahad lepas aku kat rumah tengah kemas rumah, sapu, mop lantai, kejap2 ada org datang yg biasanya aku gelar "bai" ,

bai : adik, mau beli ini cadar? bagus punya!

aku : eh, takpela.

bai : ambil la,

aku : taknak.

bai : mak mana?

aku : takde.

sambil pot pet pot pet

bai : ambil la, saya tau adik punya mak mau la.

dlm hati, pandai2 je kau ni.

aku : tak pela, taknak.

bai terus pergi sambil buat muka tk puas hati.. geram plak aku, dah kata taknak, banyak ckp plak.


tp kali ke-2 org lain plak, terpengaruh juga aku..huhu
pot pet pot pet, dpt la hg RM80 sbb aku rs cadar dia tak panas, ok la..
boleh plak masa mak aku balik rumah, tunjuk la cadar br tu, dia kata mahal! eekk?? siap tambah "kalau mak ada td, mesti bole dpt RM40 je."

ha????


sorry, gambar gelap plak..


ni pandangan dr tepi..

warna pink kat cadar ni mmg berkenan tul la! ;p pd pandangan aku ler..

Thursday, April 1, 2010

.: Iffah punya kerja! :.

sekarang ni, iffah mmg pantang kena tegur, tak boleh marah sikit, suara tinggi pun dia menangis, sikit2 menangis, boleh jd pelakon 'air mata' hehe

jd kadang tu bg je la apa yg dia nak bt.. bongkar apa yg dlm almari tu peberet dia la tu,
alah setakat benda kecik2, tak pe kot..kalau sepah kemas la balik kn..

tapi kalau dah bab2 pinggan mangkuk, gelas kaca, boleh bt aku naik angin ok, bkn apa takut plak luka, bahaya.. tp tu juga yg dia nak main..

eh, eh.. tak baik marah2 kn, anak... ;) (sdg cuba mgawal emosi)

ni adalah salah 1 hasil kerja iffah.. nasib baik la benda ni free..huhu


mmg 'kreatif' la ni budak!


apa kata kita cantum balik.. hahaha

lepas ni apa plak ye???
Related Posts with Thumbnails