Wednesday, July 28, 2010

.: Layan Tag Plak.. :.

sbb takde idea nk taip apa, so layan tag yg ni dulu.. (oohh aku masih ada hutang tag yg lain lagi la!satu2 kay.. ;))

ok kali ni tag ni dari Watie si cantik manis yg bakal menjadi isteri org tak lama lagi..

Adakah anda rasa anda hot?
hot?? idak la.. ai ni biasa2 je... (Sambil gigit jari cover malu..hukhuk lempang kang!)

2.upload wall paper pc/laptop yang anda gunakan sekarang.

3.ceritakan pasal gambar di atas.
itulah "cinta hati" aku.. sayang diorang mmmuuuahhh! nk tau tak, aku sorang je kat opis yg letak wallpaper family, mcm pc ni aku yg punya.. muahhahaha

4.kali terakhir makan pizza?
harini! sbb celebrate bufday my colleague.. free tuh guna duit company! hehe

5.lagu terakhir yang anda dengar?
jap2 nk buka radio dulu.. aci tak?? "hati yang kau sakiti-rossa" (otw g keje td ada on radio, tapi tak ingat la.. ;p)


6.apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
dgr radio la, br je on ni haaa.. lagipun lunch time kan..

7.selain daripada anda sendiri,anda dipanggil apa?
isya ~ family belah hubby panggil nama ni, kengkawan blog pun sama.
norisa ~ kat office / formal ehh
enca / ica ~ sesape yg kenal aku dr kecik, mak,bpk,jiran, sedara belah aku)
nor ~ biasanya org yg mls nak sebut full name aku! hehe terus je "Pn Nor ada??"
sasa ~ tah apekss mana tah suka suki je panggil nama org nk hujung2 je norisa = sasa ;p
aabuu ~ ha.. ni anak aku yg belum tahu sebut betul2 ibuuuuu
syg ~ ofcoz la my hubby.. buuuwweekkk

8.tag 5 orang yang anda nak tag
Ratna, edrina , Nasuha , Mrs e, Dyla

11. No 3 ada hubungan dengan sapa?
Nasuha ~ kawan la..

12. Bagaimana dengan orang no 2?
Edrina ~ kenal kat blog..

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4?
jeles dgn kemulusan wajah mrs ee... apa rahsia??? tell me tell me (ehh ni kata2 cinta ke?? bedal je la.. ;p)

4. Berikan 5 fakta yang anda tau tentang rakan yang anda tag. (tak cukup 5, boleh la eeh? )

Ratna ~ kenal kat blog,selalu update blog sbb tu aku suka g blog kak ratna , lg best sbb ada tips2.. tak rugi baca setiap entri dia tau..

Edrina ~ kagum ngan kak ed, anak dah 5 tapi masih mcm anak dara gitu.. (aku suka baca blog kak ed tau sbb setiap kali aku rs down pasal keje, selalu aku ingat "cerita2" kat blog dia, dan tiba2 je mcm ada semangat nk buat kerja.. lebih kurang think +ve la.. bagus kan?)

Nasuha ~ kitaorang mula 'berkawan' ms sama2 nak amik lesen memandu.. kalau tak,agaknya just bls2 senyum je kalau jumpa kan??

Mrs e ~ isteri pada Mr E, cantik!

Dyla ~ ibu pada Inas Dhamira.. suka tgk senyuman dia la! ;)

ok turn korang plak ye.. sila jawab tag ini ya!

Monday, July 26, 2010

.: Bila Nak Balik Kampung??? :.

siannya kat MIL aku.. rindukan anak/menantu, cucu tapi apakan daya mak, raya nanti br leh kitaorang balik.. cuti aku tinggal 2 hari je! business hubby pun br nk pulih lepas 2-3 bulan tk buka salon sbb bz ngan kedai char kuey teow yg akhirnya terpaksa ditutup sementara sampai lepas raya (mcm2 masalah yg timbul ;( )

gini la iffah kalau ngan mak tok, abis.. setahun brp kali je jumpa.. hmmmm....

psstt ~ tahun 2010, tahun yg mencabar bg aku.. huhu (br 1/2 tahun.. harap aku tabah hadapinya..amin..)

Thursday, July 22, 2010

.: So Sweeeettt :.

tak ingat bila, rasanya hari sabtu yg lepas kot..
tgh layan iffah yg tgh menyepahkan rumah + tgk tv, tiba2 iffah terlepuk dahi aku (tk sengaja ni) terus aku ckp

aku : aduhhhhhhh, apa la iffah ni..

iffah : ha?? ni ni (sini sini - sambil usap dahi aku) dah!

wahhhhhh.. so sweett la anak aku ni, terharu, nak bantai gelak pun ada. hahahahaha
comel ok bila dia bt mcm tu.. ;)

sayang dia!!!!!

selalu syok sendiri... pantang nampak camera! ;p


.: Senang Rupanya ~ Cheese Cake :.

mimpi apa tah tiba2 je nak buat kek, ;p dan aku pilih nak bt cheese cake sbb senang je, bahan pun tak banyak dlm erti kata lain bahan2nya mudah nak cari hehe..
1st mencuba, not bad la.. sedap! cuma tak brp cantik la.. kata 1st time.. huhu


tergesa nk potong, hantam je la labu.. ;)

ada citer yg tak best dlm aku berkobar2 nk cuba bt kek ni, semua dah siap tiba2 plak oven kat rumah bt hal, cis! nasib baik ada oven yg lain kalau tak aku dah tak tau apa jd kat cheese cake tu.. oven back up tu pun mcm nak tak nak je nk bkar kek tu.. tu yg 'rupanya' kurang menjadi tu, huh!

ni la bahan2nya :- sumber SINI

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

Wednesday, July 21, 2010

.: GG oh GG! :.

haihhhhhhhh..mengeluh dulu... harini terbang sudah duit RM500, ngam2! takde sen pun.. 1st time kena charge mcm ni disebabkan gigi..


sebenarnya aku takdela sakit gigi, tapi tah bila tah aku perasan gigi geraham aku berlubang! cis! kalau mak aku tau mesti dah kena leter ni,
"tu la, malas nk g cek gigi" kan kena cek at least 6 bln sekali kan??? korang ada pergi cek tak?? ;) sebelum ni aku tggu sakit @ berlubang br g jumpa doktor gigi.. huhuhu.. tp lepas ni kena gak la bt pemeriksaan kn?? duit boleh cari, gigi??? takkan nak pakai gigi palsu kot... hehe


sampai sekarang terasa nyilu.. ;(


Monday, July 19, 2010

.: Ulat Buku :.

sekarang ni iffah bukan main rajin lagi, kalau nampak buku, laju je tarik tgn aku @ nenek dia mintak ajar la tu.. sejuk perut ibu ngandungkan iffah tau! ;)


suka baca buku ni!

terlampau rajin, sampai dua-dua buku pun dia nk tgk! ;p

hasilnya bila aku tanya "tunjuk ibu mana gajah???" dia belek buku pastu ckp "ni!" sambil tunjuk gambar unta .. erkk???


ok dahh...

**comot ohh anak aku ni, nak ikat rambut pun kena main kejar 1 rumah, sudahnya aku biar je, tgk baju dia kena air milo..huhu padahal br je lepas mandi.. hmmm

dah ajak hubby nak beli buku lebih sikit, kesian plak asik buku tu je dia buka tutup buka tutup, tp belum ada ms nak g beli..hmmm mungkin minggu ni kot..

Thursday, July 15, 2010

.: Kalaula Boleh Guna Kaki..... ;p :.

rs nak surrender je sambil ckp kat bos mcm ni
"tak larat le, semua kena buat sendiri, letih! "
tp aku belum ada kekuatan nk ckp mcm tu, haih boleh bayangkan tak mcm mana dlm ms 1 jam tu kat office keje aku hanya pickup phone, ada org tanya tu, tanya ni, dan kadang2 tu tgh ckp kat phone kepit guna bahu, tangan kanan sambil sms (with GM) sambil tangan kiri meraba cari kertas atas meja sambil mata menjeling tgk skrin computer, (brp banyak sambil dah..) giler kan??? kalau kaki leh menaip mcm mana tu.. hehe

sekarang pun aku curi2 ms nak update blog yg agak bersawang ni, rs rindu giler! ahaks! tp tu la, bila nak menaip je phone bunyi, hilang mood nak menaip.. ;( nak citer last week punya hal kat sini pun dah basi.. huhu

ok nak sambung wat keje plak.. dengan harapan tahun ni masih dapat duit raya dr bos mcm tahun lepas walaupun dia org C*na hahahaha
adioooossss.. ;)

Monday, July 12, 2010

.: Takut Tak?? huhu :.


aku rs nk babab je montot iffah ni tau, mana taknya aku ni dah la penakut sikit (sikittttt je ;p) dlm aku dok belek gambat kat kamera sekali jumpa ni, mau tercampak kamera tu sbb aku terkejut, huhu

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


gelap2 pun leh amik gambar! haih

tiba2 je kan nampak kain putih, tp bila aku tgk betul2, loorr aku rupanya tgh solat ;p , mmg patut kn aku babap montot iffah?? ;)))))

ok, cerita lain plak, smlm sape tgk bola??? aku tgk weii, kena paksa ngan anak dara aku tu, pantang aku masuk bilik nk tido dia meraung, ish ish sudahnnya mata aku harini mcm panda! %)

Tuesday, July 6, 2010

.: Tak Sempat :.

aiyak, nak curi2 update pun tak boleh ( aik, ni boleh plak eekk? ;p) bz yg teramatttttt, fb je leh sesekali tgk, blog kwn2 pun yg sempat jengah sekejap je, laju2 baca..hukhuk

cerita hari minggu yg dah basi, dah ingat2 tak ingat dah.. ;(


ok la nak update tu je, nak sambung wat keje... hmmmmm..

Friday, July 2, 2010

.: Tengok Ni!!! :.

knp eeh iffah suka tido mcm ni??? aduhai anak dara aku ni, dah la tido lasak, sakit badan aku kena tendang2 ngan iffah..


tgk tgn dia, ishh, tak sakit ke..


akhirnya padan muka aku, snap2 lagi, sekali dia bgn terus ckp, "mak, mak, nak ni" tunjuk camera.. iffah ni semua dia panggil mak, atuk pun panggil mak..huhu

Related Posts with Thumbnails