Wednesday, December 21, 2011

.: Mari Mewarna! :.

hari tu ajar iffah macam mana nk nak mewarna, tp biasalah kalau iffah ni bila kita yang ajar asik main2 je.. mmg menguji kesabaran betul..last bila aku tinggi kn suara sikit dia nangis.. uwwwaaa mcm mana ni??? tp aku tahu benda ni kena perlahan2, tak boleh la sekali ajar dia terus pandai betul tak??? ;)
hasilnya.. untuk pertama kali pegang colour pencil.. hehehe


wakakaka, takpela lain kali kita cuba lagi ye sayang... practise makes perfect!

kahkahkah... takpela... lain kali kita cuba lagi ye sayang... practise makes perfect!

Wednesday, November 23, 2011

.: Hari ni :.

mcm ni la kalau dah duk rumah tinggi2.. bila lif bt hal, nak naik turun kena guna tangga... lagi best bila rumah aku tingkat 17! hari ni tiga2 lif bt hal.. terpaksa g kerja turun tangga, jadinya kena pakai selipar.. hehehe cepat sikit turun tangga tu.. ekekeke pelik je g office pakai selipar. ;p


Monday, November 21, 2011

.: Rindu nya saat itu... :.

tiba2 rasa sayu bila tiba2 teringat entri yang dulu2... haihhh cumilll sgt tgk video iffah.. geli hati pun ye... ni la penyebabnya aku nk sgt bt blog dulu... tapi ntah knp sekarang malas sgt nk update.. ;( walaupun kat umah dah boleh on line anytime tapi rs mcm takde mood je nak menaip.. huhu maafkan aku wahai "BLOG" ;p

sekarang aku tiba2 je mcm baru "tersedar" bila nak start "mengajar" iffah.. konon2 jd "teacher" la kat umah.. mmg la ada ajar abc.123 sebelum ni, tapi tak bersungguh2 la... ;( haihhhh ni la jadinya bila aku lalai asik pentingkan pasal kerja je... balik sampai lewat mlm.. ;(

tapi....................................awal bln ni aku dah start "ulang kaji" mcm mana nak ajar budak baya2 iffah.. kalau boleh tak nak la dia bosan... + harap2 aku boleh sabar & kawal marah sbb banyak cabarannya.. (wah! ayat!)

ok la, nanti aku update lagi... hari ni aku bg iffah "rest" dulu lepas seminggu 2 ni prektis jd murid & cikgu ;p sbb aku tak brp sihat.. huhuhu

psst~bercadang nk hantar iffah g school, tp nk start 4 @ 5 yrs ahh?? oouhh dlm dilema...

Tuesday, November 15, 2011

.: Pindah :.

assalamualaikum..... lamanya menyepi.................


pic hasil google

finally "We're MOVING"[company tempat kerja aku la ;p] bye bye ampang! hello chow kit! ekekekeke poyo je... sebenarnya tahun lepas aku dah tau yg nak pindah cuma belum tau date yg betul2 tu tak dapat dipastikan.. lagi pun budget company tak mengizinkan tapiiii bila tau je nak pindah on NOVEMBER , since early oct dah start bz packing barang sbb nak kena pindah office..perasaan??? happy gak la sbb dekat dr rumah, tp letih dia ya Allah, sakit2 bdn semuanya.. walaupun sekarang dah dekat 2 minggu pindah ke new office tapi tak boleh lagi nak "goyang kaki" sbb kerja banyak giler nk kena buat..
mmg pressure la bila semua benda nak kena handle, time2 kita dah siap pack barang, pastu suka2 je "orang atasan" ckp nak itu nak ini, dah kena buka balik kotak2 tu semua.. mana tak naik angin!

apa2 pun sekarang 80% office dah siap, tinggal sikit je lagi nk tambah2 apa yg patut... ;)

Friday, October 7, 2011

.: Sebelum Dan Selepas :.

Tgk la kalau dah iffah punya kerja, habis semua dia nak cabut, tp mmg budak2 yg lain pun mcm tu gak kan? Normal la tu… ;)

Sakit mata plak bila hari2 tgk bilik ternampak sana sini “lubang” haihhhhhhh, senang cerita kena beli baru, tp kali ni beli yg 1,2,3 , dulu tak terpikir pun nak beli yg abc atau 1,2,3 ni, main ambil je sbb nak tampal kat wall sebelah katil , ye la takut kepala iffah terhantuk ms tido (bdk2 kn lasak time tido..)

Dah siap tukar! Tp yg dua atas tu aku biar je sbb lg cantik.. hehe kena tampal ms iffah tido kalau tak dia pun sibuk nak tampal, kerja ½ jam pun jadi 1jam kalau dia ada..ekekekeke

walaupun iffah dah hafal 1-10, tp dia tak tau lg yg mana 1, 2,3 ...... Lebih senang utk dia kenal nombor tu sekarang, tp mmg susah betul la jd “teacher” ni , asik nak main je iffah ni tau.. kalau mood rajin mmg dia belajar, tapi bila MALAS dia dtg ada je alasan, penat la, pastu main2 je bila kita ajar dia.. kena umpan dia nak bagi hadiah barang upin ipin baru dia nak belajar.. ;(

jgn la mcm tu sayang..huhu

Wednesday, October 5, 2011

.: Cempedak di luar pagar :.

Tajuk takde kena mengena, nak cerita pasal cempedak, sekarang ni kalau beli yg dah goreng confirm mahal giler! 1 rm0.50???? ada member aku siap beli 1 bungkus tapi bila balik rumah isi 5 biji je padahal harga Rm5 / bungkus! Aku kalau betul2 teringin baru beli, kalau tak… hidu bau cempedak goreng je dah kenyang… huhuhuhu

gambar blurr... ;p

Cempedak ni bini boss yg bagi, so kitaorang merasa la sorang brp ketul.. ekekeke ni pun dia beli kt melaka, tp aku tak suka kalau mkn saje2 mcm ni, lebih suka yg goreng..

Kata free, dpt rasa je pun dah syukur alhamdulillah… ;)

Friday, September 30, 2011

.: No MoOd! ;( :.

bila dapat je letter dari ***, arggggghhh tak tau nak sedih atau gembira, sampai ms nanti baru cerita la.. aduhai.. pening kepala bila fikir pasal tu tau!

aku bila takde mood, automatik perut tiba2 rasa lapar ;p , semua benda nak mkn! tp yg paling senang nk beli + murah >>>>>




nasi lemak hasil google


beli kat depan office je ni ha, hilang diet! dah la mkn nasil lemak pastu mkn kul 8pm.. bagus!!!!@@


psst~asal stress je mkn! gemuk! gemuk!

.: Free Diapers :.

januari dah boleh kira iffah 4 tahun (2012)

tapi aku belum start ajar dia nak g tandas utk *encing atau *berak sendiri..

aduhai mcm ni????

kesian plak kat mak kalau nak suruh ajar iffah, nak kena bersihkan kalau iffah "terbuang"

memang dia dah pandai ckp, "nek/ ibu, iffah nak YAK " tapi sebenarnya dia dah yak dulu.. ;(


hanya hari ahad je aku boleh ajar dia, tp mana la cukup sehari seminggu je..

harap2 sebelum awal tahun iffah dah boleh g tandas sendiri.. huhu

caiyok!caiyok iffah!

Thursday, September 29, 2011

.: 3! :.

14 September haritu genap anak aku Nur Iffah Suraya 3 tahun.. Happy birthday sayang... *dah wish kat iffah tepat jam 12.00 a.m. mata pejam, tapi aku tahu dia dengar apa yg aku wish kn sbb bila aku tanya "iffah dgr tak" dia angguk2 kepala sambil tgh isap susu.. hahahahaha hmmm... sekejap je masa berlalu..




mmg tak plan tuk celebrate birthday iffah, tp bila fikir2 balik takpelah bt majlis "potong kek" je... ekekeke, tp yg tak bestnya boleh plak dia nangis ms suruh tiup lilin.. aduhai.. maybe terkejut kot tiba2 ramai org kat rumah.. apala iffah ni..

kek pun beli kak SR je, mango delight! nyummy!!!! ingatkn nk order kek Upin Ipin, tp siapa plak yg nak bt kalau dah last minute baru nk order.. next time la kan iffah kan? ;)

Saturday, September 24, 2011

.: Buat Tidur ku Tak Lena.. :.

kepochi pasal jiran ;p giler scary ok, bila tgh tidur lena tiba2 terkejut dengar pintu seakan2 kena tendang! pastu mcm barang kena baling kat dinding & lantai!






tercari2 juga la dari arah mana bunyi bising tu, sbb bawah rumah aku tu kan tak berpenghuni, takut la ada 'penyangak' pecah masuk kn, seram bila ingat balik ada pencuri pecah masuk rumah aku haritu! ;( tapi bila dgr betul2, rupanya jiran sebelah rupanya, tp tak mcm org bergaduh sbb tak dgr suara org langsung kecuali bunyi bising mcm org tgh mengamuk hempas2 brg!



pastu hubby ckp maybe anak jiran sebelah la tu sbb dia tgh 'tak sihat' sekarang ni, haritu pun hubby dgr dia menjerit2 pastu ternampak mak dia pimpin sbb br balik dr klinik kot. pastu baru aku teringat yg dulu dia pernah mencangkung atas tembok flat sambil menyanyi, takut je dia terjun, kat rumah dia dah la takde org time tu, yg pelik mak dia leh selamba je nampak anak dia mcm tu pastu suruh anak dia turun. nasib la yg anak tu dgr ckp mak dia.. haiiihhh betul2 saspen juga la msa tu.... aku plak yg gigil2 lutut tgk..




td aku dgr mak aku tanya anak dia tu knp, then jiran aku jawab anak dia tu tak mkn ubat la tu, tu yg jadi mcm tu.. susah juga ehhh, kena harapkn ubat plak... sekarang ni mmg aku tak bagi iffah main2 kat coridoor depan umah aku tu, takut benda yg tak diingini berlaku.. huhuhu


Thursday, September 22, 2011

.: Layan!! ;p :.

start hari sabtu yg lepas aku dah start tergila2 kn channel 393 One HD , mcm mana aku leh tak perasan channel ni ehh.. sekarang tgh layan citer war of the roses.. kalau balik kerja tak tgk citer ni , boleh gilerrr! huhuhu takde la, tak kn sampai mcm tu kot.. ;)



ni sinopsis dr cerita ni

A daily drama about the crises in the life of a middle-aged couple. Lee Hae Joo is a dedicated homemaker who has already forgotten her dreams and self-value after years of marriage to her salaryman husband, Park Dae Sung. Everything, from his character, tastes, habits, and outlook on life clashes with hers, and she regrets not noticing this sooner. If Dae Sung’s apathetic attitude, laziness and general disinterest wasn’t unbearable enough, he is also having an affair with his co-worker, Bae Yoo Mi



Tiba-tiba boleh minat drama korea plak! hihihihi best! ada kelakar, sedih, hope happy ending..;)

Wednesday, September 21, 2011

.: Waiting Room??? :.

arggghhhhh, mcm mana leh lupa ni.. padahal hr isnin dah tau.. plan nak ke satu tempat ni, wif BIL punya family.. huhuhu harap2 ada la lg free seat tu... ;) tp dr tadi asik la ni yg keluar...




haihhhhh, kena try kat office la mcm ni.. grrrrr

Sunday, September 18, 2011

.: Mak yg Over! :.

hehe ntah knp mata ni rs segar bugar lagi ni.. padahal dah kul 12:47a.m sekarang.. ada buat majlis kecil2an = "potong kek" tuk iffah esok, anak dah dibuai mimpi, tp mak nya plak yg kelam kabut, mana taknya, plan last minute, huh! mcm tak cukup tu, tak cukup ni, aarggghh pedulikan la, janji ada belon, kek, makanan sikit2 sudah la ye.. ;) lagi pun tetamu pun just jiran2 sebelah2 rumah je.. ekekekeke budget ciput! ni pun sikit2 dah habis beberapa ratus, mcm mana eeh kalau iffah kalau dah besar sikit, pastu nak minta buat birthday party yg "grand" sikit.. *pitam ;p

Friday, September 9, 2011

.: Takde Geng! :.


alahai sian plak bila tgk iffah kena main sorang2, kejap2 panggil ibu, ayah, nenek, atuk sebagai ganti "kawan" utk join dia bila nak main permainan, tak kisah la main apa2 pun, ;( harus la aku bg dia adik cepat2 ekekekeke, motif????? ;p

mula2 je takut..

mcm tahun2 lepas, iffah ni penakut giler ngan bunga api apatah lagi mercun pop pop, buang duit je beli sbb dia akan nangis kalau tunjuk kat dia..... tapi kn this year dia dah berani, over lagi kalau bg 5 btg bunga api tu, dia nak lagi 10 btg plak! kalau dah habis, nangis mcm kena dera... macam2 perangai dia ni tau!




happy la tu!





dah mls nk layan ibu dah.. ;)


seronok tgk dia happy, ye la dah "tua2" mcm ni nk main bunga api kang org ingat "giler apa?" ekekeke, tumpang sekaki ngan anak sudah la...

Wednesday, September 7, 2011

.: Raya Kali ni... :.

belum terlambat rasanya nk wish selamat hari raya maaf zahir batin... ;) rindu betul nk update blog tapi tu lah.. bila dah taip sikit, tiba2 blur plak.. ;( banyak sgt benda nk cerita tapi "malas" lebih banyak dari rajin ekekeke

nak cerita pasal raya.. raya kali ni sepatutnya turn balik kampung hubby, tapi bila ada hal2 yg tak dapat nak dielakkan kitaorang decide raya KL dulu, pastu raya ke 2 baru balik penang ;) aku apa apa lagi happy looorrrr, mak aku pun senyum sampai ke telinga bila aku ckp raya KL dulu.. hehehe

tapi yg tak bestnya lupa plak nk bergambar masa 1st day raya haritu, oouhh baju raya tema kali ni coklat, nasib baik la sempat siap baju melayu hubby, kalau tak aku yg nangis .. huhu kang tak sedondon plak.. nasib la bapak aku punya plak tak siap, malam raya tu juga cari baju lain.. ;(




aci tak kalau aku tepek gambar raya tahun lepas??? hihihihi


harini aku baru 1st day kerja lepas cuti agak lama (lama ke??) , mood memang ke laut la.. kerja berlambak , pening nak buat mana 1 dulu.. stressssss , ok nak sambung wat kerja dulu... da....

Saturday, August 27, 2011

.: Dah Isi!! :.

sampul duit raya yg pelbagai.. cantik2 semuanya sampai sayang nk guna ekekekeke , selalu aku guna sampul duit raya dari public bank (byk giler!)tapi selalu dapat yang kecil je..




kat dlm sampul ni akan ada yg RM1 ;p , RM2, RM5, RM10, RM20, RM50 & ++ , tahun ni sikit je standby duit raya sbb budget dah lari hihihihi takpela.. janji ada kan? kn?... ;)





aku rs ni yg paling cantik, cimb punya sampul pun cantik gak!




tajuk dah isi, tp gambar semua lagi dlm plastik! ;p dah siap isi dah 2 hari lepas.. tapi mls nk amik gambar.. meh la dtg umah raya ni kalau nak duit raya.... lalalalalala

Thursday, August 18, 2011

.: Shopping :.

as'kum... ;) susah betul la nak update blog.. nak kata bz tak ada la plak.. yg sebenarnya malas.. ekekeke dah shopping baju raya?? hmm. sedih la aku tak sempat lg nk beli apa2 lagi.. ada la 2 helai baju aku beli on9 je.. tapi mmg nk kena curi masa gak tuk beli seluar jeans, tudung & apa2 lg yg belum beli la..

husband plak sama je mcm aku, baru dapat baju.. yg lain2 tu nanti2 la katanya.. ;p

nasib baik la iffah punya dah settle.. terlebih plak beli huhu lupa plak, mcm thn2 lepas adik aku pun akan belikan iffah baju, this year dapat 2 pasang, tu pun dah mcm nk terkeluar biji mata aku sbb mahal gila! dah rezeki iffah.. thn ni mmg tak belikan dress tuk iffah, tak nak jd mcm thn lepas, rugi je sbb dia takmo pakai! dia lebih selesa pakai seluar... ggrrrr

sempat ke tak nk beli barang2 yg belum dibeli lg ni..kalau tak, nangis la tak pakai baju baru huhuhuhu adeh.. confirm ramai gila org kalau g ahad ni.. ;(






Wednesday, August 10, 2011

.: Macam Dah..... :.


Mcm dah....... KURUUUUUUSSSSSSSSSS sikit kn kalau tgk gambar ni, ;)



before puasa...



tapi hakikatnya, berat bdn mcm tu juga.. sama je, tak turun2 huwwwaaaaaaaaaaa, harap2 leh la hilang angka 5 kat depan, nak 4 plak... ekekeke sikit je lagi.. caiyok2!

Thursday, August 4, 2011

.: Manja! :.

lately ni, bdk bertuah ni sgt manja ok.. pantang tk nampak aku mula la menjerit! nangis! lg2 kalau bgn tido.. lagi haru kalau dia mintak dukung.. aduhai.. sampai sakit pinggang, kadang2 aku bt tak tahu je.. kalau dilayan mmg nk berdukung je la 24hrs ;p



apasal gambar leh jadi mcm ni ha? padahal tgk kat laptop ok je.. ;(


kalau aku nak pergi kerja pun sama, datang angin not good dia... ha amik ko. sampai ditarik2 kain baju kurung aku nak ikut la tu.. padahal sebelum ni ok je, sbb nenek dia akan bawa pergi main kat taman kan, bila nenek ckp "kita g taman ye.." iffah leh jawab "tak nak! nak ikut ibu , nak ikut ibu!"

sekarang ni iffah mulut mmg tak berhenti, pot pet pot pet tapi tu la still pelat lagi, ada sesetengah word yg keluar dr mulut dia tu aku tak faham, kena tanya banyak2 kali sampai dia terus ckp "eee, ibu ni!" hahahaha

ohya sekarang ni mmg dia gila ngan upin ipin, kalau boleh, setiap kali dia on tv mesti nak tengok upin ipin.. aduh.. dulu suka tengok national geographic (asik nak ular, ular,ular, geli aarrr) nasib baik la kat hp ada video upin ipin, tengokla berulang2 sampai lebam! ;)


takpe la iffah syg.. baru sorang kalau dah ada adik2 dia nanti takleh nak manja2 sgt dah..huhu

Monday, August 1, 2011

.: Hari Pertama :.

salam ramadhan utk semua.. moga tahun ni ibadah yg kita lakukan di bln ramadhan kali ni lebih baik dr thn lepas.. aminn...

ok, nk cerita pasal smlm.. sebelum ni mmg dah terpikir.. nk terawih kat surau setelah 2 tahun tak pergi sbb iffah kecil lagi kn, dah beriya2 cakap kat iffah malam ni g surau tau, selamba dia jawabb "iya2"


malam tadi pergi la surau, baru je duduk sekejap terus iffah bersuara

iffah : ayah mana?? (sambil berbisik)



aku : ayah kat depan sana



iffah : atuk??Tambah Imej



aku : samala , kat depan juga

pastu senyap, boleh plak aku lupa bawa telekung iffah.. huhuhu pakaikan je la tudung aku tu..

time solat isya' tu elok je dia ikut semua.. tapiiiii lepas bg salam je terus dia nangis! bila aku tanya knp?? dia ckp dahi sakit (ntah betul ke tak? mungkin alasan je ;p)

bila dah nak solat terawih dia dah mula ajak balik! huwwaaaaaaaaa bertuah punya budak.. balik la kami.. grrrrr lain kali aku try bawa lain kali.. hari pertama ni ramai sangat orang, takut plak aku nanti orang marah.. huhu

Monday, July 4, 2011

.: Sian Dia... :.

Haih.. Tgk! Dah luka, nasib baik tk kena mata.. Huhu hati2 la kalo tgh main syg ooi.. Hmmm

Monday, June 20, 2011

.: Luangkan Masa..... :.

opsssssss lamanya menyepi.. huhuhu tak ke mana2 pun just malas betul la haii nk update blog ni.. ;p

sejak akhir2 ni bila weekend je, rs mls je nk keluar rumah (maksudnya nk shopping ke or apa2 je la..) mcm lg best duk umah je mungkin sbb letih sbb kerja yg berlambak kat office.. aktiviti aku laki bini bila mlm je tgk wayang (iffah aku tk bawa), tp kesian plak kat iffah sbb kena duk umah je, jadi bila petang kitaorang bw naik motor, round2 area rumah je pastu g kedai mamak , ni sbb mak pak nk mkn roti canai hehehe, pastu g taman permainan kat bawah rumah tu..



owh! iffah sgt happy ok bila naik bendalah ni.. dia kan "RATU" segala permainan yg ada kat tmn tu.. adeh, semua dia nk main, mcm la tak pernah main padahal hari2 nenek bawa dia kat taman, cuma bezanya kali ni ibu ngan ayah dia ada... ;)

lain kali kita g lagi together2 ye...

psst~ kn bagus kalau leh teman iffah everyday mcm ni.. ;(

Wednesday, May 25, 2011

.: RM0.10 :.

teruja ooowhh!!!!!!!!!!!!!!! tp hanya mampu melihat je .. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tk nk cerita panjang2, bt sakit hati je..... ;(


tkpela, tkde rezeki, try next time plak... ;)

Friday, May 20, 2011

.: Mcm Mana Nk Kurus Mcm ni???

melantak je, mcm mana nk kuyus ha???? pastu bila berat bdn naik, bebel2 ckp nk "asik naik je" tp mulut tu ngap2 juga, tak berhenti... ;) >>>>>>pot pet kat diri sendiri.. grrrrrr



nasi ayam penyet beli kat sebelah office aku je ni ha kat bandar baru ampang, pergghhh cili dia sodap!!! sampai 3 peket tu mintakk!!! huhuhuhu

Thursday, May 19, 2011

.: Penangan KCK :.

aduhai.. lamanya menyepi, ntah knp mood nk ber*blog hilang~~~ huhuhu , tp sekarang dah ok sikit kot! ;) nk citer sikit pasal my daughter ler, ada siapa2 yg minat tgk cerita Kemilau Cinta Karmila kat astro tak??? aku suka & iffah lg2 la suka, tiap2 isnin hingga khamis mesti dah terbaring2 sambil tgk cerita ni , tp kn sekarang dah tukar waktu siaran, jadinya tak dapat la aku nk tgk! suka2 je astro ni tukar waktu siaran tau! sentap ok! ;(

tp iffah still boleh tgk la jam 4 ptg, yg sadis kalau time tu dia tido , mlm confirm nangis sbb nk tgk mintak ampun aku = kemilau cinta karmila , mmg hebat tul cerita ni sampai anak aku teringat2 je kn.. ;p

nasib baik la netbook ni jd penyelamat, tp tensen gak la sbb lepas 1 episode nk tgk 1 episode, mcm ni bila nk habis syg ooiii..huhuhu

oooh ya, start smlm rumah aku sepi je tanpa tv sbb ada



penat duduk, meniarap plak!

pencuri durjana dah curi cable yg menyebabkn brg elektrik dlm rumah rosak, bkn rumah aku je tp ramai gak yg kena, ada yg rosak kipas, computer, lampu, mcm2 la! haih lepas 1, 1 probelm kat area rumah aku tu tau!

Wednesday, April 27, 2011

.: TIRED! :.

assalamualikummmmmm.... ;) kembali setelah lebih seminggu menyepi... hehe dah 2 hari balik ke m'sia tp bdn masih terasa sakit2, mood nk berblog ada tp laptop kat rumah tu kena virus plak! tk boleh langsung nk on9, cis!! insyaallah esok dah baik ye wahai cik lappy! ;) nk sambung bt keje dulu, dah bertimbun dah tu...

Monday, April 18, 2011

.: Obsess! "

sape yg obsess??? yesss ofcoz la anak aku ni ha..... pantang nampak seluar jeans laju je dia nk pakai sekarang2 ni juga dia nak!! sejak dia dah pandai memilih baju sendiri ni mmg susah kalau nk keluar berjalan, kena pujuk2, merayu2 ;p , kadang2 cubit je terus.. (manja2) br dia nk pakai baju yg aku pilih, tp yg harunya bila dia nampak aku pakai seluar jean (baru beli, saja nk try ;p) terus dia merengek sambil tunjuk2 kat seluar yg aku pakai,

iffah : nk tu, nk tu

aduhai, sudahnya aku pakaikn je dr dia terus melalak malam2 buta tu, nk tgk???



wakakakaka, ibu punya pun dia nk rembat! itupun dia nk bawa tido.. aduhai.....

Friday, April 15, 2011

.: PErgi menabung di JJ :.


ke JJ taman maluri, beli baju basahan iffah, eh eh bkn pasal tu je tp nk beli seluar jeans iffah sbb banyak yg dah kecik, (iffah ni kan kalau nk keluar jln2 mesti nk pakai seluar jeans!) citibank bg voucher ni kalau tak silap thn lepas, ntah bila punya gift voucher asik simpan dlm almari, sekarang br teringat nk guna... ;p RM30 sapa nk bg kn???

seronoknya menyoppink! (rosak bahasa! ;p) walaupun bkn utk aku, dpt cuci mata baju iffah pun jadi la, terapi juga ni weiiii, aduhai cute2 baju budak2 ni, yg tk bestnya rabak la poket aku bln ni, sape suruh beli mcm2... hehe

gambar brg yg dibeli tak amik, sbb dah siap2 packing dlm beg, sudah mau terbang ma... ;)

Monday, April 11, 2011

.: Letih! :.


hhmmm, aku respect la ngan mommy2 yg bekerja pastu balik rumah masak + bt kerja rumah sendiri, haihhhh bila aku nk ada 'kekuatan' itu???? now mak aku demam, mak aku mmg susah demam tp bila dah sakit, mmg tak leh nk bergerak langsung,


sekarang, aku kena bt sendiri semua, huhuhuhu sakit2 bdn semuanya, mata dah mcm mata panda! sbb tak tak cukup tido... ;(


mak... cepat la sembuh... minggu ni dah nk travel.. mudah2an semuanya berjalan lancar... amin..


picture hasil google

Friday, April 8, 2011

.: Sape Punya Kerja Ni?????! :.


sampai rumah lepas balik dr kerja,terus masuk bilik tp rs mcm pelik.. apasal plak frame ni mcm bertampal je,




lorrrrrrrrr retak sudah!!! ni mesti iffah bt ni!! tp sape plak yg tampal?? takya tanya (org kat dlm umah) aku dah tau sape, hanya bpk aku je yg akan bt mcm tu,ni msti kes bpk aku biar je apa yg iffah nk, asik dilayankn je.. bila aku tanya iffah "ni mesti iffah bt kn??? knp bg pecah???? " selamba je jawab " iffah wat la!" eeee lain ditanya lain dia jawab.. ;p




close up sikit, dah kena buang plak..


mmg takleh letak brg kat bawah2, semua jd mainan iffah.. ;(

Thursday, April 7, 2011

.: Tak Puas! :.

haihhh, sekarang musim buah durian ehhh?? mana2 pegi ada orang jua durian, aku ni dah la 'hantu' durian, selagi tak dapat mkn mesti pot pet pot pet kat telinga hubby (ngalahkn org pregnant!), tp tak dpt2 juga, last2 aku beli sendiri je kat pasar mlm yg dah siap2 pack tu, 3 > RM10 , tp mana la puas mkn brp ulas je, dah la mkn kat opis, habis bau durian! ;)
bila la dapat mkn kat rumah plak ni,mkn ramai2 la best! nk repeat! ;p




tgk! tak nyempat2 nk kemas meja, terus ngap je durian tu!

Tuesday, April 5, 2011

.: Ibu... Akit! :.

balik kerja rabu lepas (harini br nk cerita ;p) iffah ngadu kata sakit kat lutut, bila aku tanya knp , terus je jawab " td ipa atuh" YA.. anak aku tu still pelat, lambat plak dia nk pandai ckp ! bila aku sambung tanya "knp???"

iffah : @%$#^$%*&^(%%#$*$


sikit2 je aku faham word dia ;p , last2 mak aku cerita, kata td g pasar mlm , ms balik tu jalan kaki (sbb dekat je pun) sambil mkn anggur disebabkan leka mkn anggur jln pun dah tak tgk bawah sudahnya jatuh la ke longkang,ermmm nasib baik cuma kaki je....




haihh,mcm2 la iffah ni...

Thursday, March 31, 2011

.: Ray Of Lights ???? :.



sesungguhnya mmg aku tak faham dlm erti kata yg lain aku ni mmg bukan berjiwa seni.. muahhhahahaha, ooh ye my hubby ni kan suka edit2 gambar , so tiap kali lepas edit dia mesti tanya aku, pastu mesti aku jawab " OK la, " tak pun "OK" atau "Cantik!" huhuhuhu, org tak de feel mmg mcm ni..


sampaikn kadang2 hubby aku muncungkn mulut dia, sbb aku jawab sambil lewa.. ;p


psst ~ aku mmg tak suka nk lukis2, mewarna + yg berkaitan pasal seni ni la.. ntah knp... ?? ;p

Monday, March 28, 2011

.: Susah nk cari.. :.

haihhh tinggal 2 kali ahad je tuk beli barang sebelum g holiday.. ;p dah pening dah, haihhhhh! tu la, nk sgt beli last mnt! smlm ke jusco, ingat kn ada la baju nk beli tuk iffah tp hampeh 1 pun takde yg berkenan, biasanya senang sgt nk cari baju budak pompuan kn tp tau2 je la iffah ni, kalau nk pakaikn gown/skirt mmg dia taknk, kalau beli juga mmg cr pasal la sbb mmg dia tak pakai , kalau mood dia ok je br dia "surrender" , contoh mcm kat atas ni, kadang2 puas aku pujuk2 , taknak juga sampai nangis2 mcm kena dera! (opps, gambar ibu plak over!) iffah lebih suka t-shirt ngan jeans, aik??? yes! ni pengaruh dia tgk aku la ni, sbb aku bila nk keluar (jalan2) mesti pakai jeans & t-shirt / blouse, hmmmm maybe dlm fikiran iffah kalau pakai "jeans" maksudnya nk g "jalan2" , hahahaha bt teori sendiri je... takpela, next week maybe nk ke sogo plak, oooh ya, lg 1 aku pelik, nk cr botol BPA free punya la susah , aku cr yg brand pureen je sbb murah kn ;) dapat beli 2 botol je smlm, ingat nk beli lebih, ni mesti sbb akhir2 ni yg sibuk cerita pasal botol susu tu kn????

Saturday, March 26, 2011

.: Jangan Lupa! :.


Earth Hour malam ni start 8.30 mlm, last year kat office aku tak join le sbb masalah yg tak dapat nk di elak ;p tp mlm ni insyaallah.. walaupun aku masih kat office juga, takde hal kot nk tutup lampu 1 jam je pun, pastu terus balik.. hehe


Jom la sama2 kita menyokong kempen EARTH HOUR !!! ;)

Friday, March 25, 2011

,: Ikan Sakit :.

Ikan Sakit !!! korang pernah dgr tak???
bila mak aku ckp mcm tu dahi mmg berkerut2 sbb tak faham kn, pastu aku tanya la

aku : apa mak?? ikan sakit??? ikan apa?

mak : ye la, takde orang jual ikan (kat kawasan perumahan aku) org sibuk borong ayam plak..

la perumpamaan ke "ikan sakit", aku ingatkn ikan yg terluka ke @ watever la.. hahahahaha boleh plak mcm tu????



picture amik hasil google!

dlm otak dah terpikir ikan mcm kat atas ni .. ;p mcm2 mak aku ni tau!

pstt~minggu ni menu kat rumah, telur, ayam, daging, sardin (dlm tin)..huhuhu

Wednesday, March 23, 2011

.: Tension! :.

arggghhhhhh!! tension giler, ngan kerja kat opis tu nk kejar date line, ngan boss yg kadang2 pot pet pot pet tp dia ckp apa aku pun tak paham sbb fikiran tgh melayang ms dia bg tau td ;p , nk on9 kat opis tu leh la dlm 5minit je kot, pastu kejap2 org tu nk guna computer, jap2 org ni plak, sudah nya mmg angkat tgn je la.. (disbbkan server yg ntah bila nk OK) kat rumah ingatkn kat rumah leh la on9 tp bengang je oohhh line tenet sgt slow, nk main game pun susah! nk update blog, berjanggut tau nk tggu upload gambar! nk blog walking pun mcm malu2 je skrin ni nk tunjuk, geram tau! ok la takleh panjang2 kang tiba2 error plak.... ;( miss my lappy yg kena curi tu..




lama dah tak cerita pasal iffah, bila la mood rajin ni nk datang + line tenet 100% OK..hmmmm

Monday, March 14, 2011

.: Passport :.

semlm g bt passport kat wangsa maju, kata orang kat sana takde orang, cepat je proses.. gerak dari rumah dekat pukul 8, boleh plak terlajak sampai ke mana ntah terpaksa u turn, bila dah sampai area sri rampai , tercari2 "eeh, kat mana ni" last2 tanya org lorrr rupanya belakang tu je ha... "sabar je la, lain kali terus je tanya orang, takya nk buang masa " bebel aku huhuhu

mmg takde prepare apa2 pun ms nk g sana cuma bw brg yg penting je , mcm i/c, passport lama (sbb aku punya dah expired), iffah punya surat beranak, ooh surat beranak aku ngan hubby just stand by in case cip i/c tu rosak, keluar je dr kereta dah ada orang tanya nk bt passport ke? gambar dah ada?? mcm biasala kalau aku ngan hubby, suka nk bt kerja yg SENANG, hulur duit semua orang lain yg isi, amik gambar terus kat sana , photostat i/c, melayang la RM36 tuk 3 orang ;p


rupa2nya mmg takde orang, 9.30am amik no, sebelum pukul 11 dah dapat dah passport, kalau ada anak kecil lg best (rasanya bwh 3 thn kot), terus dapat kaunter khas tp bg aku sama juga, walaupun aku ngan iffah punya dapat cepat tak sampai 1 jam tp kena tggu juga hubby punya sbb dia punya no giliran bkn kat "kaunter khas"


ni gambar iffah kat passport dia, tu la taknak duduk sendiri, terpaksa dukung + edit sikit, nasib baik la gambar ni diterima.. ;)


pstt~tak sabar...;)

Wednesday, March 9, 2011

.: Tak Cukup Masa :.

dengan mcm kejadian yg tak diduga, mmg rasa stress sgt sekarang ni!! 1 per 1 masalah dtg, tp alhamdulillah allah permudahkan semuanya..amin.. sekarang tgh bz giler sbb nk kejar date line yg GM bg, mesti nk nak siap kn full set a/c till end feb'11, sebab server punya pasal kerja kitaorang mmg jadi slow, nk sentiasa on9 sekarang ni mmg takde la sbb kat opis mmg takde ms, kat rumah plak aku terpaksa beralah ngan hubby, sbb dia byk nk kena study pasal photography (wanabe ;p)



psst~bz tapi masih sempat curi2 nk update blog, jengah blog kawan.. hehe time lunch je.. ;)

Tuesday, March 8, 2011

.: Merajuk :.






aarrggg bila cek2 rupanya duit syiling pun dikebas pencuri!!! sekarang aku mmg dah takde mood nk menabung, angin je! BERTAHUN aku menabung senang je dia amik kan??? tinggal sikit je nk penuh..

aritu aku terus kira balance duit syiling dlm tabung tu, dapat la RM230++, lepas ni kalau aku nk menabung pun aku nk guna tabung yg comel2 je, penuh terus bank in, takya tabung besar2 dah! ;(

ni je yg tinggal.. ;( mesti pencuri tu tak kuat nk amik semua, apa2 pun aku bersyukur..dpt gak merasa duit tabung ni..


semoga aku selalu dimurahkan rezeki.. ye aku tau pasti ada hikmahnya disebalik semua ni...

Monday, March 7, 2011

.: Tinggal Kenangan.. ;( :.

tak tau nk citer mcm mana.. ;(si : umah aku


tarikh : 3/3/11
masa : 10-11 pagi
lokasi : umah aku


rs berat hati nk masuk keje pagi tu betul2 1 petanda yg rumah aku nk kena masuk pencuri, ms kejadian kat rumah aku mmg takde org, mmg pencuri tu dah 'mark' la rumah kitaorang, sbb benda lain mmg dia tak usik cuma dia amik laptop & camera nikon dslr tu je.. angin 1 bdn sbb 2 2 tu guna tak sampai setahun lg, ye aku mmg sedih sbb laptop tu aku beli ms aku tgh tkde duit tp sbb berkenan sgt, tu yg sambar je..huhu

1 hari kat office takde mood, tapi selalu ckp kat diri sendir "mungkin ada hikmahnya ni semua ni.. " think +ve je..

hubby g bt report polis sbb org dbkl kata kena bt report police dulu, br leh diorang amik tindakan, mcm tu pun boleh???? ooh ye, pencuri tu masuk dr pintu dapur yg dia boleh panjat dr tingkat 16 (bwh umah aku), kat bwah tu mmg takde org tinggal, tp pelik sbb org boleh keluar masuk sesuka hati je!

tinggal kenangan uuwwwaaaaaa, bila la aku leh beli laptop yg br ni, nasib baik yg notebook pencuri tu tak amik!!




hmmmm.......................

Wednesday, March 2, 2011

.: Tudung Baru :.

eehh2 budak ni, boleh plak dia ada idea nk jadikan tudung, siap amik pin tudung lagi suruh aku pin kan.. ;)


lepas dia pakai tudung, aku plak yg dia suruh pakai mcm dia , tp tak muat maaa towel tu kn kecik, tak puas hati lg, nenek dia pun jadi mangsa.. sambil mulut ckp "akai,akai" = pakai ;p

arggg, rindu la nk luangkan ms ngan iffah... ;(

Monday, February 28, 2011

.: Terluka... :.

perasaan aku sekarang ni : sedih!


aku perlukan penjelasan...................................................

Friday, February 25, 2011

.: Ibu... Ibu... :.

y y y? malas bebenor nk update blog ni.. adeh! ok2 taknak citer kita layan video ni tau.. penyanyi hebat tuuu hikhikhik

video


dah lama nk record tp, asik tk dapat je sbb bila aku on je nk amik video iffah sibuk nk tgk apa aku bt, kali ni nasib baik dapat..huhu

pstt ~ sorry blur plak, janji dpt dgr kn? ;p

Thursday, February 24, 2011

.: Sambungan GH :.

aarrgggghh, rs mls giler nak update..terus citer benda lain boleh??, tp mcm tergantung je kalau tak citer sambungan g genting ni ;p

ok ms Q nak naik cable car sbb nak amik kete, rs nak pengsan je sbb giler panjang org tgh beratur! best la jd iffah asik berdukung je takmo langsung turun, grrrrrr adalah dalam 1 jam lebih tggu nak naik cable car, nasib baik ada clown bg iffah balloon! sejuk ati yg tengah panas beratur ni..(mak yg over g mintak kat clown tuh,yg anak takut tgk muka clown sambil nangis2 hahaha!;p)

lega rasa dapat naik cable car sebelum hari gelap,

depan bilik hotel pun nk posing?? ;p

dah sampai hotel terus mandi + solat pastu ingat nak terus g dinner la kan sbb dah lapar, pastu boleh plak iffah tido.. aduhai kena plak tggu princess ni bgn dulu, pastu cepat2 turun, sekali amik ko mkn kuey teow goreng + nasi campur + milo + teh = RM40 ++ , makanan biasa2 je tp hg??? tp mmg aku dah agak hg mesti kena kaw2 ni, merasa jd org kaya+P sekejap huhuhu

lepas mkn, terus nk beli souvenir nk bg colleague , dah beli terus balik hotel sbb dah dekat jam 11.30 pm,

ada gak gambar kami ber-3 w/pun kecik, jadila...

next day : check out hotel jam 10 a.m ;p sbb nak snap2 gambar lg, cantik view kat sana dahla sejuk je.. hehe layan gambar je la ehh ^-^ (oops gambar tak disusun, cincaiiii je la ehh huhu)






leh letak sikit je picture sbb lambat betul nk upoad, grrr

ni la kisah percutian pendek aku kali ni.. tak puas hati sbb tak dapat g PD! ;p
Related Posts with Thumbnails