Friday, September 30, 2011

.: No MoOd! ;( :.

bila dapat je letter dari ***, arggggghhh tak tau nak sedih atau gembira, sampai ms nanti baru cerita la.. aduhai.. pening kepala bila fikir pasal tu tau!

aku bila takde mood, automatik perut tiba2 rasa lapar ;p , semua benda nak mkn! tp yg paling senang nk beli + murah >>>>>




nasi lemak hasil google


beli kat depan office je ni ha, hilang diet! dah la mkn nasil lemak pastu mkn kul 8pm.. bagus!!!!@@


psst~asal stress je mkn! gemuk! gemuk!

.: Free Diapers :.

januari dah boleh kira iffah 4 tahun (2012)

tapi aku belum start ajar dia nak g tandas utk *encing atau *berak sendiri..

aduhai mcm ni????

kesian plak kat mak kalau nak suruh ajar iffah, nak kena bersihkan kalau iffah "terbuang"

memang dia dah pandai ckp, "nek/ ibu, iffah nak YAK " tapi sebenarnya dia dah yak dulu.. ;(


hanya hari ahad je aku boleh ajar dia, tp mana la cukup sehari seminggu je..

harap2 sebelum awal tahun iffah dah boleh g tandas sendiri.. huhu

caiyok!caiyok iffah!

Thursday, September 29, 2011

.: 3! :.

14 September haritu genap anak aku Nur Iffah Suraya 3 tahun.. Happy birthday sayang... *dah wish kat iffah tepat jam 12.00 a.m. mata pejam, tapi aku tahu dia dengar apa yg aku wish kn sbb bila aku tanya "iffah dgr tak" dia angguk2 kepala sambil tgh isap susu.. hahahahaha hmmm... sekejap je masa berlalu..




mmg tak plan tuk celebrate birthday iffah, tp bila fikir2 balik takpelah bt majlis "potong kek" je... ekekeke, tp yg tak bestnya boleh plak dia nangis ms suruh tiup lilin.. aduhai.. maybe terkejut kot tiba2 ramai org kat rumah.. apala iffah ni..

kek pun beli kak SR je, mango delight! nyummy!!!! ingatkn nk order kek Upin Ipin, tp siapa plak yg nak bt kalau dah last minute baru nk order.. next time la kan iffah kan? ;)

Saturday, September 24, 2011

.: Buat Tidur ku Tak Lena.. :.

kepochi pasal jiran ;p giler scary ok, bila tgh tidur lena tiba2 terkejut dengar pintu seakan2 kena tendang! pastu mcm barang kena baling kat dinding & lantai!






tercari2 juga la dari arah mana bunyi bising tu, sbb bawah rumah aku tu kan tak berpenghuni, takut la ada 'penyangak' pecah masuk kn, seram bila ingat balik ada pencuri pecah masuk rumah aku haritu! ;( tapi bila dgr betul2, rupanya jiran sebelah rupanya, tp tak mcm org bergaduh sbb tak dgr suara org langsung kecuali bunyi bising mcm org tgh mengamuk hempas2 brg!



pastu hubby ckp maybe anak jiran sebelah la tu sbb dia tgh 'tak sihat' sekarang ni, haritu pun hubby dgr dia menjerit2 pastu ternampak mak dia pimpin sbb br balik dr klinik kot. pastu baru aku teringat yg dulu dia pernah mencangkung atas tembok flat sambil menyanyi, takut je dia terjun, kat rumah dia dah la takde org time tu, yg pelik mak dia leh selamba je nampak anak dia mcm tu pastu suruh anak dia turun. nasib la yg anak tu dgr ckp mak dia.. haiiihhh betul2 saspen juga la msa tu.... aku plak yg gigil2 lutut tgk..




td aku dgr mak aku tanya anak dia tu knp, then jiran aku jawab anak dia tu tak mkn ubat la tu, tu yg jadi mcm tu.. susah juga ehhh, kena harapkn ubat plak... sekarang ni mmg aku tak bagi iffah main2 kat coridoor depan umah aku tu, takut benda yg tak diingini berlaku.. huhuhu


Thursday, September 22, 2011

.: Layan!! ;p :.

start hari sabtu yg lepas aku dah start tergila2 kn channel 393 One HD , mcm mana aku leh tak perasan channel ni ehh.. sekarang tgh layan citer war of the roses.. kalau balik kerja tak tgk citer ni , boleh gilerrr! huhuhu takde la, tak kn sampai mcm tu kot.. ;)



ni sinopsis dr cerita ni

A daily drama about the crises in the life of a middle-aged couple. Lee Hae Joo is a dedicated homemaker who has already forgotten her dreams and self-value after years of marriage to her salaryman husband, Park Dae Sung. Everything, from his character, tastes, habits, and outlook on life clashes with hers, and she regrets not noticing this sooner. If Dae Sung’s apathetic attitude, laziness and general disinterest wasn’t unbearable enough, he is also having an affair with his co-worker, Bae Yoo Mi



Tiba-tiba boleh minat drama korea plak! hihihihi best! ada kelakar, sedih, hope happy ending..;)

Wednesday, September 21, 2011

.: Waiting Room??? :.

arggghhhhh, mcm mana leh lupa ni.. padahal hr isnin dah tau.. plan nak ke satu tempat ni, wif BIL punya family.. huhuhu harap2 ada la lg free seat tu... ;) tp dr tadi asik la ni yg keluar...




haihhhhh, kena try kat office la mcm ni.. grrrrr

Sunday, September 18, 2011

.: Mak yg Over! :.

hehe ntah knp mata ni rs segar bugar lagi ni.. padahal dah kul 12:47a.m sekarang.. ada buat majlis kecil2an = "potong kek" tuk iffah esok, anak dah dibuai mimpi, tp mak nya plak yg kelam kabut, mana taknya, plan last minute, huh! mcm tak cukup tu, tak cukup ni, aarggghh pedulikan la, janji ada belon, kek, makanan sikit2 sudah la ye.. ;) lagi pun tetamu pun just jiran2 sebelah2 rumah je.. ekekekeke budget ciput! ni pun sikit2 dah habis beberapa ratus, mcm mana eeh kalau iffah kalau dah besar sikit, pastu nak minta buat birthday party yg "grand" sikit.. *pitam ;p

Friday, September 9, 2011

.: Takde Geng! :.


alahai sian plak bila tgk iffah kena main sorang2, kejap2 panggil ibu, ayah, nenek, atuk sebagai ganti "kawan" utk join dia bila nak main permainan, tak kisah la main apa2 pun, ;( harus la aku bg dia adik cepat2 ekekekeke, motif????? ;p

mula2 je takut..

mcm tahun2 lepas, iffah ni penakut giler ngan bunga api apatah lagi mercun pop pop, buang duit je beli sbb dia akan nangis kalau tunjuk kat dia..... tapi kn this year dia dah berani, over lagi kalau bg 5 btg bunga api tu, dia nak lagi 10 btg plak! kalau dah habis, nangis mcm kena dera... macam2 perangai dia ni tau!




happy la tu!





dah mls nk layan ibu dah.. ;)


seronok tgk dia happy, ye la dah "tua2" mcm ni nk main bunga api kang org ingat "giler apa?" ekekeke, tumpang sekaki ngan anak sudah la...

Wednesday, September 7, 2011

.: Raya Kali ni... :.

belum terlambat rasanya nk wish selamat hari raya maaf zahir batin... ;) rindu betul nk update blog tapi tu lah.. bila dah taip sikit, tiba2 blur plak.. ;( banyak sgt benda nk cerita tapi "malas" lebih banyak dari rajin ekekeke

nak cerita pasal raya.. raya kali ni sepatutnya turn balik kampung hubby, tapi bila ada hal2 yg tak dapat nak dielakkan kitaorang decide raya KL dulu, pastu raya ke 2 baru balik penang ;) aku apa apa lagi happy looorrrr, mak aku pun senyum sampai ke telinga bila aku ckp raya KL dulu.. hehehe

tapi yg tak bestnya lupa plak nk bergambar masa 1st day raya haritu, oouhh baju raya tema kali ni coklat, nasib baik la sempat siap baju melayu hubby, kalau tak aku yg nangis .. huhu kang tak sedondon plak.. nasib la bapak aku punya plak tak siap, malam raya tu juga cari baju lain.. ;(




aci tak kalau aku tepek gambar raya tahun lepas??? hihihihi


harini aku baru 1st day kerja lepas cuti agak lama (lama ke??) , mood memang ke laut la.. kerja berlambak , pening nak buat mana 1 dulu.. stressssss , ok nak sambung wat kerja dulu... da....
Related Posts with Thumbnails