Monday, December 17, 2012

.: DC aku :.

hahaha, org bt durian crepe, aku pun sibuk nak bt juga!!!! tgk resepi mcm eehhh senang, tp tp tp erkkk susah weiii, aku kan bkn kaki dapur.. huhuhu :( (bila nak berubah oooiiiiiiiiii)

amik resepi dari mana eeh, lupa plak sbb print out je, pastu balik umah br buat... kat rumah aku takde kuali yg non stick, yg ada pun kecil comel je sbb mak aku guna utk melempeng kuih... hihihi

jd aku guna ngan apa yg ada je...  tada... kulit tebal la, pastu g tambah air br ok sikit

comel je, 2 kali ngap je!
 
memcabar gak la bg aku sbb kulit DC ni kena senipis boleh tp jgn sampai koyak plak ms melipat nanti ye... tp aku bt sesuka hati aku je, tebal pun tebal la, masuk mulut gak, cuma kureeeng mcm yg kita beli... ;p
saiz pun tak sama...hahaha
 
dapat la 2 bekas, simpan ke peti sejuk,ok gak la rasa DC aku ni, ingatkn dah tersalah beli fresh cream..

1st time try, mak aku kata ok la, next time cuba bt lagi sbb fresh cream banyak lagi.. ;) practice make perfect!

Wednesday, December 12, 2012

.: Lega :.

2-3 hari ni risau sgt2, mana tak risau, sbb 4 hari izzat tak berak.. yg aku pun duk la terpikir, erkkk aku makan apa eeh, knp izzat tak berak2 lagi??? (sbb izzat fully bf) pening gak la, tp bila tekan perut izzat, ehh tak keras pun & izzat pun ok je mcm biasa ( ceria & tak nangis).. mak aku pun risau gak, tiap kali izzat nangis , main agak2 je " sakit perut ye??"

pastu aku try google, takut benda ni tak normal kan, alhamdulillah, rupa2 nya normal janji anak tak nangis & still active mcm biasa, fuhhhhhhhhhhh ;)


yg bestnya td izzat dah berak dgn banyak koooo... huhuhu siap teran2 lagi, syukur!!! ;)

gambar terkini izzat, botak!! rambut tumbuh sikit2 je lepas cukur... hihi

Thursday, December 6, 2012

.: Gugur :.

haip haip jgn fikir yg bukan2 ;p



adehhh yaaaa izzat dah 3 bulan ++  patut la rambut aku banyak gugur, kata org2 tua sbb dia main air liur ehh? tp mg betul pun izzat sekarang dah start sembur2 air liur dia... uuuwwwwaaa, adik, botak la rambut ibu dik kalau mcm ni tiap2 ari... huhuhu ada petua tak mcm mana nk atasi rambut gugur ni????

sekarang ni izzat dah start nak bt perangai, takmo baring, duk sorang2 dia takmo, mesti nak org dukung (tak kira bg dia duduk @ berdiri) lenguh la tgn dik ooii..

lain kali cerita pasal iffah plak, sejak ada adik ni menjadi2 nakalnya... haihhhhh

ok, nak sambung wat kerja.. ;)

Friday, November 16, 2012

.: Free Insurance :.

adehh, nak curi masa update blog pun susah, br anak 2 kalau 5?? hukhukhuk

nasib baik teringat nak register benda ni,free tu... rugi la sape yg tak register.. nasib baik sempat, sbb program ni utk baby 0-3 bln je, esok izzat genap 3  bulan, cepat  ooowwhh

 
saya sudah!anda bila lagi?? eekekekeke  klik SINI kalau berminat nk register ok.. bye!
 
 

Wednesday, November 7, 2012

.: Sedihnya! ;( :.

5 pek susu ebm yg kena buang sebab dah tak leh guna, aku pam pastu simpan kat fridge office (1 pintu), kan tahan 2 minggu je, uwwwwaaaaaaaa 




sbb aku tak ikut susunan yg mana 1 nk guna dulu,main amik2 je kat fridge, ni la jadinya.. ;(

rasa nak beli deep freezer je! huh!

Monday, October 22, 2012

.: 2 months :.

sekejap je rs, dah 2 bulan anak teruna ibu ni, ibu pun dah kena g kerja.. sob sob bila ada kat office rindu anak2 kat rumah, mak aku ckp izzat takmo tido maybe sbb aku takde dekat ngan dia kot... huhu
tp anak ibu baik kan, dia takmo tido je , nasib baik tak nangis.. kang pening nenek.. ;p

17hb aritu check up, berat izzat dah 5kg, berkat susu ibu.. ;) alhamdulillah sekarang ni izzat dah pandai senyum, kalau di agah mesti dia bersuara mcm layan "borak" gitu... pandai dah tgk org, kalau
dgr suara org, tp tak nampak depan mata, mesti mata melilau je cari "mana org eehh?"

aiyo, baju dah ada yg kecil, bila nak shopping baju izzat ni? bz like bee..huhu baju kakak iffah, semua gown, kalau tak, leh bt turun temurun ni... hikhik


semoga anak ibu membesar dgn sihat..insyaallah...

psst~geram ooowwhhh kerja bertimbun, giler ok nak cover 2 bln punya kerja.. ;(

Sunday, October 21, 2012

.: Macam Sedap! :.

terpengaruh ngan iklan,harus aku cuba ni... siapa dah cuba? sedap tak ? chocolate tu....

Tuesday, October 16, 2012

.: Rambut :.

walaupun rambut dah pernah potong sebelum puasa haritu, still aku rasa rimas tgk rambut iffah, haihhh dah la bkn main susah nak ikat rambut, asik nak lari je, mak aku pun bising sbb tak potong pendek je rambut iffah, haritu balik kampung kat penang pun sama, mak mertua asik cakap "potong la rambut iffah tu bg pendek, nanti nak sekolah senang.." huhu

tp kena tggu hubby ada masa baru leh potong pendek,

 
kena umpan ngan tablet br diam.. hehe
 
hasilnya
 
 
 
senang siki, takya ikat2.. yeahhh iffah pun happy!! ;)

Monday, October 15, 2012

.: 4 Tahun! :.

cerita yg "diperam" agak lama, erkkkk!   14 september haritu genap Iffah 4 tahun, sian dia tahun ni takde nak celebrate birthday utk dia, maklumla aku tgh pantang kan, nak harap ayah dia... ;) wekkk baik tak payah... hihihihi  tp beli juga la kek murah2 sbb aku ingat nak buat sekali harung birthday husband (27Aug), Iffah (14 Sep), aku (8 Oct) anniversary (15 Oct) sekali ngan izzat boleh??? ;p (17 Aug) hihihi save budget walaupun lain bulan, nak buat tiap2 bulan bengkok la...huhu


Selamat Ulang Tahun Sayang (walaupun dah terlewat) semoga anak ibu menjadi anak yg solehah,bijak, dan hormat pada org tua, jd kakak yg baik tau! ;)

Friday, October 12, 2012

.: Senyum :.


dapat gak amik gambar iffah tgh senyum, kalau tak, monyok je... kan bagus kalau mcm ni je time amik gambar! kadang2 sampai hubby "merajuk" nak amik gambar iffah guna camera "power"sbb susah nak senyum.. ;p

Thursday, October 11, 2012

.: Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 :.

uiiitt tajuk kemain lagi.... ;)  nak masuk 2 bulan baru nak cerita..huhuhu alkisahnya, 15hb aug aritu last g klinik kesihatan jinjang sbb sbb due 17hb aug, nurse kata kalau tak besalin juga sepatutnya 21hb kena datang lg klinik, tp sbb raya kan, so nurse cakap kena terus g hospital 22hb, pastu aku buat muka pelik sambil tanya " nurse, bkn kena tggu 9 hari lg ke??" nurse tu jawab " eh, tak, sekarang ni 5 hari je, hari ke-4 tu kalau belum bersalin terus g hospital, ok?"

hari yg sama ada appoinment ngan doctor + scan lagi, semuanya ok, alhamdulillah, doctor siap ckp lg "awk rs sempat raya ke tak ni??" aku leh senyum je la...

dlm ati percaya (+ berharap) yg bersalin lepas raya,

17 ogos 2012 
masa nak sahur dah start sakit perut + sakit pinggang (disebabkan jarak 4 tahun bersalin iffah ngan sekarang ni,aku leh tak tau yg tu sakit nak beranak! kah kah kah), ingat nk buang air besar ke?? tp contraction tu rs sekali dlm 1/2 jam.. so ignore je,,boleh??? ;p

bila contraction makin kerap,tergerak hati plak nak tengok panties, terkejut juga la bila ada lendir + darah sikit, terus bagi tau husband ngan mak, mak aku terus suruh cepat2 g hospital, lepas solat subuh br gerak ke GH..

sampai2 je, uisshh ramai gak yg sakit perut nak beranak ni, aku sampai dalam pukul 6.30pagi, tp 9.30pagi baru turn aku utk doktor check bukaan, huhu

bila cek perut, contraction tak kuat sangat + bukaan baru 4cm, doktor suruh masuk wad dulu sbb labour room penuh... ;( ada kat wad tak tau nak buat apa, sebab "jiran" katil sebelah tido, husband pun tak leh teman sbb bukan ms melawat, mata aku asik tgk jam je la, bila la waktu melawat ni, bosan weiiii + sakit pun manja2 je...

dah habis masa melawat baru la rasa constraction makin kerap, pinggang, tulang belakang rs mcm nak tercabut, baring salah, duduk salah, rs mcm nak teran je!!! tp aku sabar je dulu tggu nurse nak cek bukaan dlm pukul 2petang (ni aku tau sbb terdengar perbualan nurse2 ;p) tp aku tgk jam dah pukul 2.30 apasal la nurse tak panggil2 lg ni..

nurse panggil nama aku dlm pukul 2.45 - 2.50 mcm tu kot, suruh jalan kaki masuk bilik rawatan (ms ni nak nangis sbb dah rs sakit sangat!) bila dah baring lg la teruk, rs nak teran terus je... huhu tp nurse suruh tahan dulu sbb nak tggu doktor cek bukkan, sekali cek dah 8cm, terus masuk bilik bersalin, call husband suruh tunggu kat bilik bersalin, tp ms kat bilik bersalin husband tak leh masuk dulu, kena tggu 30 minit,tp aku mmg dah tahan sgt, rs nak b**** je ;p 3.05ptg aku teran keluar air ketuban, 3.11ptg 2 kali teran terus baby keluar... syukur sgt sbb bersalin kali ni dipermudahkan, tak sempat husband nak masuk labour room.. huhu

nurse pun cakap "tak sempat nak masuk air dik" hahahaha, tp bila masa jahit tu la yg sakit huhu, walaupun koyak sikit, tp mcm sama je ms iffah dulu (koyak banyak sbb vacuum.. ;( )

dah lega bila dapat tgk muka baby Muhammad Izzat Hazim..+ hilang dah rasa sakit, mcm eehh kejap je.. ALHAMDULILLAH..

Tuesday, September 18, 2012

.: 1 Bulan :.

yeah... adik dah 1bulan..!!! ;p nak photoshoot gambar adik pun ayah belum ada masa lg.. huhu




 

Friday, September 14, 2012

.:breast pump:.

dh lama mencari breast pump electric,plan mmg nak beli spectra 3, nk yg lebih canggih tak cukup budget ;p, dah lama google sampai nak muntah cr mana yg murah... huhuhuhu ;p  cari punya cari, decide ngan husband, akhirnya aku beli kat sini... berbaloi2, tp yg penting bg aku breast pump tu, kira yg lain tu bonus la kn..



  • 1 unit of Spectra 3 Breast Pump worth RM388.00
  • 1 unit of Spectra Shield (for double pumping) worth RM70.00
  • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90

FREE GIFTS as follows:
  • 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack worth RM39.90
  • 1 unit of Receiving blanket worth RM15.90
  • 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
  • RM10 One Baby World voucher to be redeemed against your future purchases.

hg utk pakej ni RM390.00 jimat RM185.60 , best2!  

dah beli online, esok dapat ke ehh?? ;) tak sabar nk guna.. harap2 lepas ni murah la rezeki izzat dapat susu ibu selama mungkin... insyaallah...

Thursday, August 30, 2012

.: Muhammad Izzat Hazim :.

alhamdulillah...semuanya dipermudahkan..now tengah berpantang hari yg ke 14, rs cepat je masa berlalu.. ;p ingatkan dapatla puasa penuh tp baby nak keluar tepat2 due date dia... huhu takpela.. janji semuanya dah selamat.. lain kali cerita pengalaman bersalin, tgh nak adjust menjadi ibu kpd 2 anak, erkkk agak kelam kabut dibuatnya... ;p

meh tepek gambar dulu eehh, ;)


Wednesday, August 1, 2012

.: Alhamdulillah.. :.

mood study sudah datang, tp sekejap je, siap dia tulis 1 page, confirm dia cakap penat!  tak pun "nanti2 la tulis lagi" adehhhh,  kalau dah  sekolah namti jgn la bt perangai mcm ni, marah cikgu ;)

tp alhamdulillah, at least dia nk bt kan...




Tuesday, July 31, 2012

.: Kuih Pertama ;) :.

mcm biasa, ni lah biasa kuih terawal yg akan dibuat tiap2 thn... sakit pinggang kalau dah gulung2 kuih popia ni + amik masa nk siap, tp bila masuk mulut, sekejap je dah habis...  ;)  tp ni belum goreng lg, simpan dulu kat peti ais, dekat2 nk raya baru goreng... nyummmy!



Monday, July 30, 2012

.: Grrrrrrrr :.

habis cadar huwwaaaa, mcm la tade tempat lain anak ibu ni nk conteng! lg best haritu dia conteng guna marker! bila kena marah pandai plak ckp "sorry ibu,,," huhu



Monday, July 23, 2012

.: Bertahan.. :.

alhamdulillah... puasa hari ni sama mcm sebelumnya walaupun tak bersahur pagi ni.. ;) ni kes tak set jam kat handphone la ni! wek! 1family tak bgn... huhuhu, beza ngan 1st day puasa,walaupun bersahur tp pukul 3 dah rs menggigil 1 bdn.. maybe sbb 1st day kan..

mcm ni tak bersahur pun takpe,tp sian plak kat baby ;)

haihhh sepatutnya sekarang dah start handover semua kerja, tp semakin dekat aku nak bersalin banyak plak kerja yg nak kena buat huwwwaaaa!!!!sape yg nak replace aku punya kerja pun belum betul2 decide, kejap2 staff ni la, pastu jap lg  tukar org plak.... dush!dush! pastu bila tanya betul2, "nanti confrim balik..."   ????? takpela, sekarang ni belum sampai masa, nanti time pantang jgn nak kejap2 call, gggrrrrrr  takpe2, sekarang ni senyum je dulu, takleh tension2, sian baby... ;)


Friday, July 20, 2012

.: Wish List :.

wish list la sggttt!!! ;p kalau ikutkn nafsu semuanya nak dibeli, mcm nak  sambut anak pertama plak ekekekeke tp lg boleh dikawal.. dulu ms iffah dah beli baby cot, tp disebabkan bilik comel je kn, g simpan kat kedai husband, sekali bila sekarang ni nak guna tuk adik iffah, husband ckp dah jadi sarang cik T plak!!!! huhuhu tak pasal2 kena cari yg lain, tp kalo boleh tak nak dah beli yg besar2 sbb takde tempat nak simpan + kan dah ckp bilik comel je...

so aku ingat nak beli cradle brand sweet cheery ni, risau plak nak letak baby atas katil sbb iffah suka sgt lompat2... haihhhh




pejam mata je la beli benda ni walaupun $$ leh tahan juga bg aku..huhu pakai pun sekejap je ni.. (aku rasa ;) )

yg best, senang bawa balik kampung husband.. ohh ya maybe aku akan pantang sana seminggu or 2 minggu...  tgk keadaan... ;)  




Thursday, July 19, 2012

.: Semalam :.

sepatutnya kena g klinik pukul 9 pagi, tapi tertido balik lepas solat subuh,hahahaha pukul 10 pagi br sampai klinik... ingatkan dah lewat mcm ni mesti dah kurang orang kan... ye mmg tak ramai tapi aku tak tau knp pukul 12:15 tgh hari baru turn nombor aku.... sakit vontot aku tau!!!! tp nak bt mcm mana kan? kata free... ;p

 tgk!!! dah 64.3 kg!


semuanya ok, cuma yg tak best bila nurse suruh berat bdn naik 1kg dlm 2 minggu.... adehhh takmo la naik lg berat bdn ni, kang susah nak turun! (padan muka aku, time suruh kurang mkn, melantak je kerja sekarang baru sibuk nak diet ... huwwaaa)


Wednesday, July 18, 2012

.: Persiapan :.

fuh!!!!!!fuh!!!!! apa punya malas da nak update blog.. huhuhu bkn apa,, bz sgt kat office, sampai umah plak mcm2 nak bt, nak layan iffah lagi.. kadang2 tu balik rumah bkn bt apa pun, tp disebabkan letih, terus cari bantal.... huhuhu

tinggal brp hari je nak puasa... tak sabar rasanya ;) harap2 la dapat puasa penuh walaupun DUE 2 hari before raya..

biasanya persiapan raya mmg aku beli last minute tp dalam keadaan sarat mcm ni,alhamdulillah settle dah iffah punya baju, beli kat sogo je yg aku larat nak jln,lg 1 kat sana kn sentiasa sale ;), sebelum ni biasanya cuci2 mata dulu tapi kali ni terus amik2 je.. itu pun kaki dah rasa sakit... ;(  tinggal selipar & kasut je nak cari lagi, pening dah nak beli kat mana.. husband pun dah beli siap2 baju, kalau tak beli sekarang ntah bila la dia ada masa sbb time puasa confirm dia bz kat kedai, aku??? erkkkk 1 pun takde lagi.. nak beli baju yg mcm mana pun 1 hal juga, kalau dah bersalin confirm duk umah je time raya ni..

oppss lupa plak barang tuk baby pun 90% complete,tinggal sikit2 je nak tambah2,  harap2 sempat la nak beli 10%  lg brg tu hehe 

Friday, June 22, 2012

.: 1 Happy Family!!! :.




amacam, ni semua sbb iffah kena "demam" angry bird, hari2 mintak beli, kalo boleh dia nk mintak 1 set, telur pun dia nak!!! mana la cari nak ooii!!

pastu dah ada semua warna, request "ibu" + "ayah" angry bird plak!! nasib baik la pakcik ko tu baik hati nk belikan... kalo aku bt budusss je takde maknanya nak belikan, bkn murah,, (aku yg kedekut! :p )

Thursday, June 21, 2012

.: 7 Bulan ++ :) :.

as'kum... lama wei menyepi, mood nk update entah hilang ke mana... ekekekeke hari ni pergi check up kat klinik jinjang, nasib baik tak rmai org, tk sampai 1 jam dah siap... yeay!!!!bln ni je 4 kali kena pergi klinik kesihatan jinjang.. check up + minum air gula + scan, lepas ni 2 minggu sekali kena datang sbb dah lebih 28 minggu sampai la bersalin... huhu

takpe la, biar brp kali nk kena pergi pun aku sanggup asal kn baby sihat kn.. cuma kalau kena minum air gula tu yg tak tahan.. eeeuuwwww tekak rs lain mcm je, jgn la lepas ni kena minum lg, cukup la 2 kali... uweeekk!

pregnant kali ni mmg kena control mkn (tapi berat asik naik je + gemuk! hahahaha) kalau boleh tak nak la lebih 68kg ms nk bersalin (ni ms ngandungkn  iffah), susah nk turun ooo, tp sekarang pun dah 62kg apa kes!!! ;p

psst~malu nk tepek gambar dgn muka yg semakin mengembang.. hihihi

Tuesday, May 8, 2012

.: "Adik" dia :.

ermmmm manja bkn main.. tak dapat je apa yg dia nk, nangis! tak boleh kata "jap lagi la.." kalau apa yg dia nak, time2 tu juga dia nak! kalau tak menjerit sekuat hati.. haihhhhh jap lagi nk jd kakak mcm mana ni iffah ooii... TAPIIIII dia mungkin jadi kakak yg penyayang..

ni buktinya...



dialog dia "diamla ibu, adik nak tido ni, oouuhh adik tejuk(sejuk) la, akai imut (pakai selimut) ya..." ekeke

adik dia yg betul belum keluar, training dulu kn iffah???? ;p

Monday, May 7, 2012

.: Bagai Di pam2 ! :.

arrrgghhhh!!!! berat naik mendadak betul la pregnant kali ni... mcm ni, mesti kena pot pet ngan nurse selasa ni... ;(

mana taknya, 3-4 bulan aritu berat bdn naik 1-2kg je dr sebelum pregnant sbb mual + selera mkn kurang, tp dah lepas 4 bln, sekejap2 rs lapar... haihhhhhhh

dlm ms sebulan naik 4 kg ++! target berat takmo la over dr ms pregnantkn iffah, huhu 

persiapan tuk new baby dah beli sikit2,tapi  baju 1 pun tak beli lagi, sekali ngan iffah nya baju la tuk raya.. sekali harung.. sbb lately ni mls giler nak keluar, lagi pun kaki rasa sakit je bila jln lama2 sikit..

hope tak bertambah teruk la, sbb lg 3 bln lebih je lagi.. tak sabar! ;)

Wednesday, March 28, 2012

.: Air Gula :.

hari jumaat haritu aku kena minum air gula.. siapa pernah minum??? erkkkkkk kali ni kali ke-2 minum sbb mak aku ada kencing manis... dulu minum siap picit hidung lagi... hahahaha tak boleh tahan le, perit anak tekak.. dulu boleh je minum kat luar.. ala2 ambil angin gitu... tapi sekarang kena minum dalam bilik, ko tgk nurse, nurse tgk ko... huhuhu tak boleh nak muntah, kalau tak, harus minum lagi sekali...


picture hasil google

nampaknya tiap kali pregnant kena minum air gula ni ler...

Tuesday, March 27, 2012

.: Buku Merah :.

fuhhhhhh! fuhhhhh! banyak je habuk....ekekekekeke
lamanya tak update...buku merah yg ke-2... hihi after 4 mths br nak buat, lepas tu kena pot pet pot pet ngan nurse sbb lewat sgt nk pergi buat buku ni... tapi pekak kn telinga sambil senyum pastu jawab "sy tak tau plak kena pergi awal.. hehe"
pengalaman yg sama masa pregant iffah, kena datang 2 kali baru boleh buat buku merah..
alasan nurse : sekarang ni busy la ramai orang, datang esok pagi eehh
padahal sebelum pergi tu dah call & diorang sendiri suggest datang petang sbb tak ramai... grrrr
sabar je, dulu ms pregnant iffah kena pergi 2 kali juga sebab diorang buat buku merah hari isnin je.. huhu
nak buat nacam mana, dah nasib kan... ;) next check up 9/4/12 ngam2 5bulan..

Thursday, February 16, 2012

.: S U S U :.

baru nak start minum susu
arrgghh tidak!!! terpaksa pilih flavour chocolate,
kalau tak takleh masuk!!!!

Related Posts with Thumbnails