Monday, October 22, 2012

.: 2 months :.

sekejap je rs, dah 2 bulan anak teruna ibu ni, ibu pun dah kena g kerja.. sob sob bila ada kat office rindu anak2 kat rumah, mak aku ckp izzat takmo tido maybe sbb aku takde dekat ngan dia kot... huhu
tp anak ibu baik kan, dia takmo tido je , nasib baik tak nangis.. kang pening nenek.. ;p

17hb aritu check up, berat izzat dah 5kg, berkat susu ibu.. ;) alhamdulillah sekarang ni izzat dah pandai senyum, kalau di agah mesti dia bersuara mcm layan "borak" gitu... pandai dah tgk org, kalau
dgr suara org, tp tak nampak depan mata, mesti mata melilau je cari "mana org eehh?"

aiyo, baju dah ada yg kecil, bila nak shopping baju izzat ni? bz like bee..huhu baju kakak iffah, semua gown, kalau tak, leh bt turun temurun ni... hikhik


semoga anak ibu membesar dgn sihat..insyaallah...

psst~geram ooowwhhh kerja bertimbun, giler ok nak cover 2 bln punya kerja.. ;(

Sunday, October 21, 2012

.: Macam Sedap! :.

terpengaruh ngan iklan,harus aku cuba ni... siapa dah cuba? sedap tak ? chocolate tu....

Tuesday, October 16, 2012

.: Rambut :.

walaupun rambut dah pernah potong sebelum puasa haritu, still aku rasa rimas tgk rambut iffah, haihhh dah la bkn main susah nak ikat rambut, asik nak lari je, mak aku pun bising sbb tak potong pendek je rambut iffah, haritu balik kampung kat penang pun sama, mak mertua asik cakap "potong la rambut iffah tu bg pendek, nanti nak sekolah senang.." huhu

tp kena tggu hubby ada masa baru leh potong pendek,

 
kena umpan ngan tablet br diam.. hehe
 
hasilnya
 
 
 
senang siki, takya ikat2.. yeahhh iffah pun happy!! ;)

Monday, October 15, 2012

.: 4 Tahun! :.

cerita yg "diperam" agak lama, erkkkk!   14 september haritu genap Iffah 4 tahun, sian dia tahun ni takde nak celebrate birthday utk dia, maklumla aku tgh pantang kan, nak harap ayah dia... ;) wekkk baik tak payah... hihihihi  tp beli juga la kek murah2 sbb aku ingat nak buat sekali harung birthday husband (27Aug), Iffah (14 Sep), aku (8 Oct) anniversary (15 Oct) sekali ngan izzat boleh??? ;p (17 Aug) hihihi save budget walaupun lain bulan, nak buat tiap2 bulan bengkok la...huhu


Selamat Ulang Tahun Sayang (walaupun dah terlewat) semoga anak ibu menjadi anak yg solehah,bijak, dan hormat pada org tua, jd kakak yg baik tau! ;)

Friday, October 12, 2012

.: Senyum :.


dapat gak amik gambar iffah tgh senyum, kalau tak, monyok je... kan bagus kalau mcm ni je time amik gambar! kadang2 sampai hubby "merajuk" nak amik gambar iffah guna camera "power"sbb susah nak senyum.. ;p

Thursday, October 11, 2012

.: Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 :.

uiiitt tajuk kemain lagi.... ;)  nak masuk 2 bulan baru nak cerita..huhuhu alkisahnya, 15hb aug aritu last g klinik kesihatan jinjang sbb sbb due 17hb aug, nurse kata kalau tak besalin juga sepatutnya 21hb kena datang lg klinik, tp sbb raya kan, so nurse cakap kena terus g hospital 22hb, pastu aku buat muka pelik sambil tanya " nurse, bkn kena tggu 9 hari lg ke??" nurse tu jawab " eh, tak, sekarang ni 5 hari je, hari ke-4 tu kalau belum bersalin terus g hospital, ok?"

hari yg sama ada appoinment ngan doctor + scan lagi, semuanya ok, alhamdulillah, doctor siap ckp lg "awk rs sempat raya ke tak ni??" aku leh senyum je la...

dlm ati percaya (+ berharap) yg bersalin lepas raya,

17 ogos 2012 
masa nak sahur dah start sakit perut + sakit pinggang (disebabkan jarak 4 tahun bersalin iffah ngan sekarang ni,aku leh tak tau yg tu sakit nak beranak! kah kah kah), ingat nk buang air besar ke?? tp contraction tu rs sekali dlm 1/2 jam.. so ignore je,,boleh??? ;p

bila contraction makin kerap,tergerak hati plak nak tengok panties, terkejut juga la bila ada lendir + darah sikit, terus bagi tau husband ngan mak, mak aku terus suruh cepat2 g hospital, lepas solat subuh br gerak ke GH..

sampai2 je, uisshh ramai gak yg sakit perut nak beranak ni, aku sampai dalam pukul 6.30pagi, tp 9.30pagi baru turn aku utk doktor check bukaan, huhu

bila cek perut, contraction tak kuat sangat + bukaan baru 4cm, doktor suruh masuk wad dulu sbb labour room penuh... ;( ada kat wad tak tau nak buat apa, sebab "jiran" katil sebelah tido, husband pun tak leh teman sbb bukan ms melawat, mata aku asik tgk jam je la, bila la waktu melawat ni, bosan weiiii + sakit pun manja2 je...

dah habis masa melawat baru la rasa constraction makin kerap, pinggang, tulang belakang rs mcm nak tercabut, baring salah, duduk salah, rs mcm nak teran je!!! tp aku sabar je dulu tggu nurse nak cek bukaan dlm pukul 2petang (ni aku tau sbb terdengar perbualan nurse2 ;p) tp aku tgk jam dah pukul 2.30 apasal la nurse tak panggil2 lg ni..

nurse panggil nama aku dlm pukul 2.45 - 2.50 mcm tu kot, suruh jalan kaki masuk bilik rawatan (ms ni nak nangis sbb dah rs sakit sangat!) bila dah baring lg la teruk, rs nak teran terus je... huhu tp nurse suruh tahan dulu sbb nak tggu doktor cek bukkan, sekali cek dah 8cm, terus masuk bilik bersalin, call husband suruh tunggu kat bilik bersalin, tp ms kat bilik bersalin husband tak leh masuk dulu, kena tggu 30 minit,tp aku mmg dah tahan sgt, rs nak b**** je ;p 3.05ptg aku teran keluar air ketuban, 3.11ptg 2 kali teran terus baby keluar... syukur sgt sbb bersalin kali ni dipermudahkan, tak sempat husband nak masuk labour room.. huhu

nurse pun cakap "tak sempat nak masuk air dik" hahahaha, tp bila masa jahit tu la yg sakit huhu, walaupun koyak sikit, tp mcm sama je ms iffah dulu (koyak banyak sbb vacuum.. ;( )

dah lega bila dapat tgk muka baby Muhammad Izzat Hazim..+ hilang dah rasa sakit, mcm eehh kejap je.. ALHAMDULILLAH..
Related Posts with Thumbnails