Thursday, October 11, 2012

.: Pengalaman Bersalin Kali Ke-2 :.

uiiitt tajuk kemain lagi.... ;)  nak masuk 2 bulan baru nak cerita..huhuhu alkisahnya, 15hb aug aritu last g klinik kesihatan jinjang sbb sbb due 17hb aug, nurse kata kalau tak besalin juga sepatutnya 21hb kena datang lg klinik, tp sbb raya kan, so nurse cakap kena terus g hospital 22hb, pastu aku buat muka pelik sambil tanya " nurse, bkn kena tggu 9 hari lg ke??" nurse tu jawab " eh, tak, sekarang ni 5 hari je, hari ke-4 tu kalau belum bersalin terus g hospital, ok?"

hari yg sama ada appoinment ngan doctor + scan lagi, semuanya ok, alhamdulillah, doctor siap ckp lg "awk rs sempat raya ke tak ni??" aku leh senyum je la...

dlm ati percaya (+ berharap) yg bersalin lepas raya,

17 ogos 2012 
masa nak sahur dah start sakit perut + sakit pinggang (disebabkan jarak 4 tahun bersalin iffah ngan sekarang ni,aku leh tak tau yg tu sakit nak beranak! kah kah kah), ingat nk buang air besar ke?? tp contraction tu rs sekali dlm 1/2 jam.. so ignore je,,boleh??? ;p

bila contraction makin kerap,tergerak hati plak nak tengok panties, terkejut juga la bila ada lendir + darah sikit, terus bagi tau husband ngan mak, mak aku terus suruh cepat2 g hospital, lepas solat subuh br gerak ke GH..

sampai2 je, uisshh ramai gak yg sakit perut nak beranak ni, aku sampai dalam pukul 6.30pagi, tp 9.30pagi baru turn aku utk doktor check bukaan, huhu

bila cek perut, contraction tak kuat sangat + bukaan baru 4cm, doktor suruh masuk wad dulu sbb labour room penuh... ;( ada kat wad tak tau nak buat apa, sebab "jiran" katil sebelah tido, husband pun tak leh teman sbb bukan ms melawat, mata aku asik tgk jam je la, bila la waktu melawat ni, bosan weiiii + sakit pun manja2 je...

dah habis masa melawat baru la rasa constraction makin kerap, pinggang, tulang belakang rs mcm nak tercabut, baring salah, duduk salah, rs mcm nak teran je!!! tp aku sabar je dulu tggu nurse nak cek bukaan dlm pukul 2petang (ni aku tau sbb terdengar perbualan nurse2 ;p) tp aku tgk jam dah pukul 2.30 apasal la nurse tak panggil2 lg ni..

nurse panggil nama aku dlm pukul 2.45 - 2.50 mcm tu kot, suruh jalan kaki masuk bilik rawatan (ms ni nak nangis sbb dah rs sakit sangat!) bila dah baring lg la teruk, rs nak teran terus je... huhu tp nurse suruh tahan dulu sbb nak tggu doktor cek bukkan, sekali cek dah 8cm, terus masuk bilik bersalin, call husband suruh tunggu kat bilik bersalin, tp ms kat bilik bersalin husband tak leh masuk dulu, kena tggu 30 minit,tp aku mmg dah tahan sgt, rs nak b**** je ;p 3.05ptg aku teran keluar air ketuban, 3.11ptg 2 kali teran terus baby keluar... syukur sgt sbb bersalin kali ni dipermudahkan, tak sempat husband nak masuk labour room.. huhu

nurse pun cakap "tak sempat nak masuk air dik" hahahaha, tp bila masa jahit tu la yg sakit huhu, walaupun koyak sikit, tp mcm sama je ms iffah dulu (koyak banyak sbb vacuum.. ;( )

dah lega bila dapat tgk muka baby Muhammad Izzat Hazim..+ hilang dah rasa sakit, mcm eehh kejap je.. ALHAMDULILLAH..

1 comment:

Qhaifa Nur said...

betul bila tgk muka baby segala kesakitan yg ditanggung selama ini hilang....
alhamdulillah, selamat semua sudah....

Related Posts with Thumbnails